Cari:
Aneka Sajian Halal di Xiaobei Lu
2016-05-24 15:27:35 CRI Cetak

Biasanya, kalau menyebut tentang Guangzhou pasti tidak dapat lari daripada aktiviti membeli-belah. Bermacam-macam cerita sering didengar tentang keseronokan ketika membeli-belah di sana. Namun, setelah perut mula "berkeroncong", hendak terus membeli-belah pun sudah tidak seronok. Tumpuan sudah terganggu dan tenaga pun sudah semakin kurang. Maka, mahu atau tidak mahu, terpaksalah mencari mana-mana restoran untuk "mengisi minyak" terlebih dahulu.

Pada ketika itu, anda dicadangkan mencari Jalan Xiaobei Lu atau Jalan Utara Kecil, kalau diterjemahkan secara harfiah kepada bahasa Melayu, kerana di situ terdapat deretan restoran halal yang diusahakan oleh penduduk China Muslim atau warga Afrika dan Arab. Sekiranya anda bersiar-siar di kawasan itu, jangan terkejut sekiranya anda sering terserempak dengan warga Afrika. Menurut kisahnya, kedatangan warga Afrika dan Arab ke provinsi Guangdong pada mulanya adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan kerana kawasan-kawasan yang terletak di timur delta Sungai Mutiara, seperti Guangzhou, Shenzhen dan Dongguan termasuk dalam kawasan yang paling pesat pertumbuhan ekonominya di bahagian selatan China.

restoran mi tarik

Maka, tidak hairanlah Guangzhou menjadi tumpuan pedagang-pedagang Afrika dan Arab, yang lama-kelamaan membentuk satu komuniti Islam di jalan tersebut. Oleh itu, setelah penat membeli-belah, bolehlah menikmati semangkuk mi tarik atau jika masih tidak kenyang lagi, dalam perjalanan balik singgahlah untuk "tapau" kebab Turki yang amat menyelerakan itu.

pintu A stesen Xiaobei kereta api bawah tanah

Oh, ya! Anda juga jangan risau tentang cara untuk ke Xiaobei Lu kerana ada perkhidmatan kereta api bawah tanah disediakan tidak jauh dari jalan tersebut. Walau di mana-mana pun anda berada ketika di Guangzhou, carilah kereta api bawah tanah Line 5, kemudian turun di stesen Xiaobei dan keluar di pintu A.

restoran Saba

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China