Cari:
Tak Kenal, Maka Tak Cinta
2016-05-27 14:39:44 CRI Cetak

Ada kalanya kita sukar untuk memahami keadaan atau kesusahan orang lain hinggalah kita sendiri berada dalam situasi mereka. Terdapat ungkapan lama yang menyebut, "you can't really understand another person's experience until you've walked a mile in their shoes".

Maka, kesempatan menyertai lawatan media ke studio pembuatan teko dan Pusat Warisan Budaya Bukan Benda Shantou ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Di situlah kesempatannya kalau mahu mencuba sendiri cara membuat teko teh atau merasai pengalaman menyertai aktiviti kebudayaan Cina, khususnya budaya-budaya lama yang telah wujud sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

Walaupun sudah mencuba beberapa aktiviti di kedua-dua tempat tersebut, namun pengalaman saya itu hanyalah 0.0001% daripada pengalaman mereka, terlalu sedikit sebenarnya untuk memahami keadaan atau kesusahan yang telah dilalui oleh mereka.

Oleh itu, saya berharap dapat terus mengenal perkara-perkara baharu di sekeliling saya, moga-moga akan menerbitkan perasaan cinta dan mewujudkan rasa saling memahami yang berkekalan antara kita, rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China