Cari:
Tidak Sukar untuk Bahagia!
2016-11-17 10:14:53 CRI Cetak

oleh Zaidah

Kanak-kanak lelaki dalam gambar tersebut menetap di sebuah kampung yang terpencil di kaunti Pan. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang susah, namun kanak-kanak kecil tersebut tetap mempunyai cara tersendiri untuk menikmati keseronokan bermain. Memang fitrah kanak-kanak sebaya itu hanya tahu dan mahu bermain sepuas-puasnya. Maka, apa-apa objek yang ada di depan mata, boleh sahaja menjadi alat permainan yang menyeronokkan. Batu dan kayu adalah antara objek yang sering digunakan oleh kanak-kanak untuk bermain, selain haiwan peliharaan.

Melihatkan keseronokan kanak-kanak tersebut tentu membuatkan kita terfikir, kebahagiaan itu sebenarnya apa. Adakah kebahagiaan itu sebenarnya memiliki segala-galanya? Terdapat ungkapan yang menyebut, "if you can be happy with simple things, then it will be simple to be happy".

Ternyata, tidak sukar untuk merasai kebahagiaan. Manfaatkan sebaik-baiknya segala yang berada di keliling kita, daripada yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya, pasti kebahagiaan yang dicari-cari selama ini akan muncul tanpa kita sedari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China