Cari:
Nikmati Warna-warni Alam di Kaunti Pan
2016-11-21 10:23:27 CRI Cetak

Bagi sesiapa yang suka akan kawasan dataran tinggi yang tenang dan masih belum diteroka, kaunti Pan adalah tempatnya. Tatkala menaiki bas untuk ke kawasan pergunungan, tangan seolah-olah ingin mengapai matahari yang terik bersinar dan kepulan awan bak kapas yang lembut. Ketika matahari mulai terbenam, lapisan langit yang berwarna-warni mewujudkan pemandangan yang sungguh menawan. Langit biru yang memayungi pokok Gingko yang berusia seribu tahun dan hutan buluh yang hijau meluas menambahkan seri panorama di kaunti Pan yang turut mendapat julukan nama "kampung halaman pokok Gingko purba di dunia".

Selain itu, jika mahu menguji stamina atau mencabar kemampuan diri, ada beberapa destinasi di kaunti Pan yang memerlukan anda mendaki anak tangga seperti di hutan buluh yang memerlukan anda mendaki sebanyak 761 anak tangga sebelum sampai di puncak, selain anak tangga di Dataran Tinggi Foguang.

Walaupun masih baru dalam sektor pelancongan, kaunti Pan tidak kurang hebatnya. Tidak mustahil, dalam beberapa tahun akan datang, kaunti Pan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan destinasi pelancongan terkemuka yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China