Cari:
Basikal Mudah Sewa di Beijing
2017-08-22 15:59:36 CRI Cetak

(Oleh Puteri Sabira, CRI)


Puteri Sabira cuba menaiki basikal mudah sewa di tepi jalan Beijing

Basikal pernah menjadi lambang kepada rakyat China pada suatu ketika dahulu, namun dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pembangunan bandar yang maju telah mengubah cara hidup dan mendorong pengguna terhadap permintaan kereta.

Namun, kini kerajaan China telah menyediakan jalan alternatif bagi mengalakkan rakyatnya untuk menggunakan basikal bagi mengelakkan pencemaran udara dan juga kesesakan lalu lintas.

Perkhidmatan sewaan basikal di China kini berkembang dengan amat pesat. Di rata-rata, anda boleh melihat pelbagai warna basikal seperti oren, biru, kuning dan hijau yang diparkir di tepi jalan untuk disewa.

Perkongsian basikal ini boleh menjadi akses yang mudah kepada pengguna untuk bergerak antara kawasan pediaman mereka ke stesen pengangkutan awam.

Basikal sewa yang datang daripada pelbagai syarikat sewaan dengan kadar yang sangat rendah dan berbaloi.

Di Beijing, tidak hairan melihat rakyatnya menaiki basikal dengan baju kemeja dan bertali leher ke tempat kerja.

Menurut Cik Ho, dengan adanya basikal, ia memudahkan beliau untuk bergerak dari satu tempat ke destinasi yang ingin dituju.

"Saya bukan sahaja boleh menjimatkan masa, malah ia juga mampu memelihara alam sekitar dengan mengurangkan asap di udara," ujarnya.

Cik Ho juga mengatakan beliau menggunakan basikal untuk perjalanan jarak yang dekat, dan beliau akan menggunakan bas atau subway untuk perjalanan yang jauh dan memakan masa.

"Mengayuh basikal adalah langkah yang terbaik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu yang memuncak," katanya.

Tidak perlu risau jika ada kekurangan basikal, kerana rata rata basikal di bandar Beijing mudah didapati dan disediakan dengan cukup.

Menurut Cik Lee, beliau selalu menaiki basikal untuk ke pasaraya atau kedai kedai yang berdekatan.

"Saya akan guna basikal untuk ke kedai yang berdekatan untuk membeli barang yang diperlukan," ujarnya.

Lee mengatakan penggunaan basikal mampu memberi impak yang besar kepada hidup pengguna.

Menurut pengguna yang bernama Salah Ab Aziz dari Egypt, mengatakan beliau telah mengunakan basikal sewa ini selama lapan bulan.

"Ia bukan sahaja memudahkan perjalanan saya, malah berbasikal juga membolehkan saya beriadah dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat," katanya.

Beliau juga mengatakan penggunaan basikal semakin mendapat tempat di hati pelancong asing.

"Pengalaman seperti ini tidak akan saya lupakan, berbasikal bersama sama dengan rakyat China amat seronok," ujar beliau lagi.

Pengguna boleh membuat tempahan untuk menggunakan basikal terus melalui satu aplikasi, untuk mendapatkan kod. Setelah mendapatkan kod, pengguna boleh mengakses basikal berkenaan.

Pengguna juga boleh meninggalkan basikal itu di mana mana sahaja selepas menggunakannya dan akan digunakan untuk pengguna yang seterusnya.

Kepelbagaian warna basikal menunjukkan bayaran untuk menyewa basikal itu dengan kadar yang berbeza. Di antara warna basikal yang mudah didapati di bandar Beijing itu adalah warna oren dan warna kuning.

Kos untuk menyewa basikal adalah sebanyak 1 yuan untuk satu jam, dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan China ini wajar dicontohi oleh Malaysia dalam mengalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan memelihara alam sekitar.

Penggunaan basikal elektrik untuk jangka masa panjang ini bukan sahaja mampu menangani masalah pencemaran udara, dan pencemaran bunyi malah ia juga mampu mengurangkan kos sara hidup di Malaysia.

Jika anda sudah sampai ke China, jangan lupa merasai pengalaman sendiri untuk menggunakan basikal sewa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China