Cari:
Subway di Beijing
2017-08-22 16:07:16 CRI Cetak

(Oleh Puteri Sabira, CRI)

Perkara yang menarik tentang subway di China adalah kemajuan sistem yang canggih dan pantas, memberikan perkhidmatan yang selesa dan selamat kepada pengguna.

Subway ini adalah pilihan yang terbaik kepada penduduk tempatan atau pelancong untuk menuju ke suatu tempat dengan cepat. Tiket untuk subway boleh dibeli di kaunter yang disediakan atau beli satu kad yang dikenali sebagai Beijing Transportation Smart Card dengan deposit 20 Yuan. Kemudian, boleh ditambah dengan nilai yang anda mahu. Harga untuk ke destinasi berbeza dan mengikuti jarak perjalanan.

Deposit dan tambah nilai boleh dipulangkan kepada anda sekiranya anda tidak mahu lagi menggunakan kad ini.

Kad ini juga boleh digunakan pada semua pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Sebelum menaiki subway, anda dikehendaki melepasi pemeriksaan kawalan keselamatan. Setelah diperiksa, barulah anda boleh menaiki subway dan menuju ke tempat yang anda mahu.

Sebagai pelancong asing, saya mendapati setiap laluan keluar amat jelas dan tidak keliru. Peta dan stesen di subway ditulis dalam bahasa Inggeris dan Mandarin serta amat mudah difahami. Rangkaian Beijing kini mempunyai 19 laluan, dan 345 stesen perhentian.

Menaiki subway sudah tentunya dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, serta dapat ke tempat destinasi dengan lebih efektif dan mudah. Selain itu, ia juga memudahkan anda ke destinasi yang menjadi tarikan pelancong dan juga kawasan yang jauh di bandar. Jika anda hendak ke lapangan terbang ataupun menaiki kereta api, Beijing Subway menyediakan rangkaian yang boleh membawa anda ke sana. Ia memberi manfaat kepada warga asing seperti saya yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China