Cari:
Urusan Niaga secara dalam Talian
2017-08-22 16:08:53 CRI Cetak

(Oleh Puteri Sabira, CRI)

Di China, anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak sekiranya mahu membeli barang, kerana urus niaga secara dalam talian semakin meluas di China, sama ada untuk membeli barang keperluan, dan urusan perbankan dapat dilakukan secara mudah dengan hanya menekan butang skrin.

Saya diberitahu bahawa pasar yang menjual ikan atau buah-buahan juga menerima bayaran melalui telefon. Semua urus niaga dapat diselesaikan dengan hanya membuat bayaran di telefon anda yang sudah didaftarkan di akaun bank anda. Mudah bukan? Secara langsungnya ia dapat mengurangkan risiko kepada mereka yang suka membawa wang tunai yang banyak.

Pembelian barang secara dalam talian bukanlah perkara baharu kepada rakyat China, dengan hanya ada telefon pintar, dan akaun bank anda, segala yang mahu dibeli, akan ditunaikan dalam masa yang singkat. Jika diperhatikan, ramai rakyat China memilih untuk membeli belah dalam talian kerana harga ditawarkan rendah dan diberikan banyak pilihan berbanding di kedai.

Anda boleh memilih apa sahaja barang yang dihajati, termasuk barang keperluan dapur seperti garam, kicap dan nasi juga dijual atas talian.

Di sini, Taobao adalah saluran untuk golongan yang lebih muda untuk membeli belah. Ia dikendalikan oleh Alibaba, dan di Taobao terdapat pelbagai barang yang boleh anda beli, seperti pakaian, makanan, perkakas rumah, minuman, perhiasan rumah dan banyak lagi.

Kawan saya juga pernah memberitahu bahawa, dengan wujudnya Taobao, saya tidak perlu keluar rumah atau ke pasar raya untuk membeli. Ternyata kenyataanya betul. Di China, segalanya bergerak pantas, bukan sahaja rakyatnya malah perniagaan dan perdagangan di China kini berkembang pesat. Kemudahan talian ini banyak memudahkan kehidupan harian rakyatnya.

Selain itu, rakyat China juga pengguna setia "WeChat". WeChat bukan sahaja aplikasi untuk bersosial atau berbual, terdapat banyak kegunaan dengan wujudnya WeChat. Anda boleh menempah hotel, membeli tiket wayang, membeli tiket kapal terbang serta membeli belah. Terdapat banyak manfaat WeChat yang saya tidak tahu sebelum ini. Di China, rakyatnya menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan kehidupan harian mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China