Cari:
Kemeriahan Upacara Perkahwinan di Huaqing
2017-08-28 10:09:24 CRI Cetak

oleh Puteri Sabira

Perkahwinan adalah satu perkara yang dipandang berat oleh kaum China sejak turun temurun. Saya berasa amat bertuah dan teruja apabila diberi peluang oleh pihak CRI untuk mengalami sendiri upacara perkahwinan yang telah diadakan di Hot Spring Huaqing di Xi'an.

Pertama sekali saya amat kagum dengan pemandangan yang indah serta suasana yang aman damai menenangkan jiwa saya. Huaqing yang terkenal dengan sejarahnya lebih 6,000 tahun. Di Huaqing amat sinonim dengan cinta romantis Maharaja Xuanzong serta gundiknya Yang Guifei pada zaman dinasti Tang. Bagi sesiapa yang meminati pemandangan musim bunga serta dingin, Hot Spring Huaqing adalah tempat yang menarik dengan bangunan yang bersejarah yang telah dibina lamanya.

Di dalam istana itu kelihatan tasik dan pohon pohon yang cantik. Pohon-pohonnya sejuk mata memandang dan kawasannya dijaga dengan bersih dan rapi.

Upacara perkahwinan yang disertai oleh wartawan CRI serta rakyat tempatan memeriahkan lagi upacara ini. Walaupun dalam keadaan cuaca yang agak panas, tetapi kepanasan itu hilang apabila saya diberi peluang untuk memakai baju tradisi pengantin perempuan yang cantik berwarna merah.

Upacara perkahwinan di raikan dengan iringan muzik yang tradisional serta dapat dilihat kanak kanak membalingkan bunga seolah olah meraikan perkahwinan itu. Saya di beri peluang dengan pengantin lelaki saya untuk berjalan ke kawasan istana tersebut. Apabila kami berjalan beberapa langkah, kami perlu melangkaui beberapa benda seperti kayu dan batu. Mengikut adat resam masyarakat China, melangkahi kayu atau batu adalah untuk mengelakkan penceraian berlaku dalam perkahwinan yang baru dibina itu.

Setelah menunggu seketika, pengantin lelaki diberi makanan dumpling dan suap kepada pengantin perempuan. Ini bermaksud bahawa sebuah perkahwinan itu akan terhindar dari kemiskinan dan kesusahan. Setelah itu, diadakan upacara menuang air kepada pengantin.

Selepas upacara perkahwinan itu selesai, saya diberi peluang untuk mengikat tali yang berwarna merah dan gantungkan di pokok yang terletak berhampiran istana itu. Mengikut adat istiadat masyarakat China, mengikat riben di pohon adalah tradisi mereka sejak turun temurun. Pengantin mengharapkan ikatan perkahwinan kekal lama dan percaya tenaga pohon itu mampu merealisasikan impian pengantin tersebut. Masyarakat China memilih warna merah kerana ia mampu memberi kebahagiaan dan kekuatan selain menganggapkan warna merah sebagai warna yang bertuah.

Kesimpulannya, walaupun masyarakat China mengalami era pemodenan, kita dapat lihat, mereka masih memelihara adat resam mereka dan masih mengikuti adat istiadat yang diamalkan oleh zaman nenek moyang yang terdahulu. Saya berasa bertuah bukan sahaja dapat mengikuti upacara perkahwinan malah dapat merasakan kemeriahan yang ditunjukkan oleh masyarakat China di negara China sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China