Cari:
Menara Loceng: Menara Bersejarah di kota Xi'an
2017-08-29 09:50:11 CRI Cetak

 

 

oleh Puteri Sabira

Kota Xi'an yang penuh bersejarah dan kaya dengan adat dan kebudayaan memang patut dilawati oleh setiap pelancong. Tidak hairanlah nama kota Xi'an kini makin dikenali disebabkan keindahan kotanya yang penuh bersejarah dan terpelihara sejak awal lagi.

Jika minat kepada bangunan kuno yang unik, rugi jika tidak melawat Menara Loceng, bangunan yang tradisional yang berdiri megah di tengah-tengah kotaraya. Walaupun cuaca yang tidak begitu mengizinkan kerana hujan sepanjang hari namun ianya langsung tidak mematahi semangat kami untuk melihat bangunan yang sememangnya menyimpan banyak sejarah.

Menara kayu yang merupakan menara yang terbesar mempunyai tinggi 36 meter iaitu 118 kaki. Di atas menara, dapat dilihat pemandangan dan kesibukan kota Xi'an yang terdahulu dijadikan kota militer yang penting di wilayah barat laut China. Menara ini dibangunkan pada tahun 1384 oleh Maharaja Zhu Yuanzhang.

Bangunan ini berdiri di atas dasar batu bata 35.5 meter panjang dan 8.6 meter di setiap sisi.

Fungsi Menara Loceng pada Dinasti Ming adalah satu peringatan kepada warganya tentang serangan luar dengan bunyikan loceng. Menarik bukan? Kita dapat lihat bangunan ini memang signifikan dan pelancong asing perlu mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan bangunan ini dari tempat yang tinggi.

Di luar bangunan, terdapat beberapa bangku untuk pengunjung menikmati atau melepaskan kepenatan setelah menaiki tangga. Saya diberitahu suasana Menara Loceng pada waktu malam amat memukau dengan hiasan lampu yang berwarna warni.

Loceng besar yang terletak di luar adalah seberat 6.5 tan dan setinggi 2.45 meter. Loceng asli yang terdahulu dikenali sebagai Jingyun Bell. Loceng asli telah dipindahkan ke Forest of Stone Steles Museum pada tahun 1953. Kini adalah loceng replika yang diletakkan sejak tahun 1997 untuk tatapan umum.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China