Cari:
Muzium Sejarah Shaanxi
2017-08-30 09:39:38 CRI Cetak

oleh Puteri Sabira

Memandangkan Xi'an antara kota yang paling lama dan bersejarah, tidak lengkap jika tidak melawat muzium provinsi Shaanxi. Shaanxi adalah sebuah provinsi di China dan merangkum beberapa bahagian penara loess di kawasan tengah Sungai Kuning dan pergunungan Qinling yang merentasi bahagian selatan wilayah.

Di muzium ini terdapat pelbagai artifak dan benda bersejarah sejak zaman neolitik sehingga zaman dinasti Qing iaitu dinasti terakhir sebelum China menjadi negara republik. Antara barang-barang klasik yang boleh didapati ialah pasu, jed, perhiasan wanita, alat memasak dan juga senjanta dan sebagainya.

Di Muzium ini juga terdapat penjelasan mengenai provinsi Shaanxi yang dihuraikan dalam sebuah pantun. Dalam pantun ini menggambarkan beberapa tentang Shaanxi yang pernah hidup dalam keadaan yang daif dan sukar, upacara hierarki yang sangat ketat pada zaman dinasti Zhou Barat, dan juga Jalan Sutera yang tidak terbatas pada Dinasti Han serta kekuasaan dan keamanan pada Dinasti Tang.

Shaanxi memang mempunyai sejarahnya tersendiri, kita dapat lihat bagaimana jatuhnya dan bangunnya Shaanxi melalui 14 dinasti. Muzium ini menyimpan lebih daripada 3000 barang artifak yang terpilih. Di setiap pameran di muzium ini menerangkan beberapa perkara pada zaman dahulu kala dengan lebih terperinci lagi.

Terdapat beberapa contoh rumah purba pada zaman dahalu kala, dan antaranya ialah kampung puak Jiangzhai. Kampung ini terletak kira-kira 1 kilometer dari Lintong District yang terletak di Xi'an pada 6,000 tahun yang lalu.

Kampung ini berbentuk elips, rumah sederhana besar dimiliki oleh ketua kampung, dan rumah yang kecil ini dibina untuk pasangan yang sudah berkahwin.

 Bentuk rumah pada zaman purba di China amat menarik, dan saya tertarik dengan rekaan yang cukup unik dan klasik. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk melihat barang antik dan purba jangan lupa kunjungi muzium yang banyak menyimpan sejarah yang unik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China