Cari:
Loceng Besi
2017-09-01 09:51:53 CRI Cetak

Loceng Besi yang bersaiz amat besar ini telah dibina pada zaman Dinasti Jin iaitu pada tahun 1192. Bunyinya yang kuat boleh didengar sejauh 5 kilometer.

Loceng Besi ini terletak berhampiran di muzium Xi'an dan juga Small Wild Goose Pagoda.

Apa yang menarik tentang loceng besi yang besar ini ialah apabila salah seorang yang anda sayangi atau teman rapat anda hilang, anda boleh menarik kayu yang disediakan dan bunyikan loceng dan pesanan itu dikatakan akan diterima oleh teman rapat anda. Menarik bukan? Loceng ini juga dikenali sebagai "Magic Bell" oleh rakyat tempatan.

Masyarakat China dahulu kala percaya membunyikan loceng boleh membawa tuah serta memberikan kegembiraan.

Selain itu, ia juga boleh melindungi anda dari kecelakaan atau kesusahan hidup. Loceng ini juga terkenal untuk kegunaan di Small Wild Goose Pagoda untuk kegunaan loceng pada waktu pagi dan pernah menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di bandar Xi'an.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China