Cari:
Makanan halal di Beijing
2017-10-18 10:10:21 CRI Cetak

Untuk mencari makanan halal di Beijing, adalah tidak begitu sukar, kerana terdapat pelbagai kedai atau restoran yang menjual makanan yang halal khususnya untuk orang Islam.

Saya dan kawan saya dari Nigeria telah berkesempatan ke restoran halal, yang terletak lebih kurang 20 minit dari tempat kediaman kami.

Atas faktor perbezaan cita rasa di setiap provinsi, serta kebudayaan dan sejarah, setiap makanan adalah unik dan berbeza dari segi cita rasa, ada yang pedas dan ada yang tidak, bergantung dengan pilihan anda.

Contohnya di utara China, banyak makanan adalah berdasarkan daging dan kambing, manakala di selatan China, khususnya kawasan pantai tenggara, makanannya terdiri daripada makanan laut.

Apa yang menarik perhatian saya, setelah hampir dua bulan lebih di Beijing, saya dapati air teh China ibarat air suam di Malaysia.

Kebanyakan restoran di China, mereka sangat jarang menghidangkan minuman sejuk seperti di Malaysia.

Di restoran halal ini, terdapat banyak makanan halal yang boleh anda cuba seperti daging bakar, dumpling, sayur-sayuran dan juga ikan yang beraneka jenis.

Daging bakar atau juga dikenali sebagai sate kambing merupakan makanan dari utara China seperti di Xinjiang. Saya tidak berkesempatan untuk rasa sate ini, tetapi akan cuba pada masa yang akan datang.

Di Beijing, tidak sah jika anda tidak cuba makanan tradisional mereka iaitu itik panggang. Itik panggang atau dikenali sebagai peking duck memang cukup terkenal di Beijing. Daging itik sering dimakan dengan sos soya yang manis dan kulit popia.

Cara penyediaan itik Peking amat unik. Itik tersebut diperap dengan rempah khas dan dipanggang terlebih dahulu sebelum disiram dengan minyak panas beberapa kali bagi mendapatkan tekstur rangup pada bahagian kulitnya.

Kami sempat menikmati ikan yang dimasak rangup, dan dihidangkan dengan sos atau kicap hitam. Rasa ikan ini sangat rangup, dan lazat, dan terdapat banyak gaya masakan ikan di restoran ini.

Ada yang dimasak dengan direbus atau dibakar. Selain itu, kami menikmati kentang yang digoreng serta pedas. Makanan pedas seperti ini amat menyelerakan tekak kami.

Nasi goreng juga dimasak agak pedas dengan daging kambing dan sedikit sayur-sayuran. Pada pendapat saya, gaya masakan yang dimasak sama sedikit dengan cita rasa di Malaysia.

Apabila saya ke Xi'an, saya sempat rasa makanan asli Xi'an seperti "yangrou paomo" atau roti pita yang dimasukkan ke dalam sup kambing dengan aroma yang lazat dan rempah istimewa. Memang terasa aroma yang lazat.

Antara makanan lain yang pernah saya cuba ialah mee tarik atau dikenali sebagai lamien. Mee tarik dihidang panas-panas dan dibuat oleh etnik Hui iaitu salah satu etnik Muslim.

Mee ini sangat enak dan sedap dimakan dengan daging kambing atau ayam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China