Cari:
Perbezaan Budaya antara Orang China dan Orang Barat
2017-10-18 16:54:44 CRI Cetak

Orang China dan orang barat? Apakah perbezaanya?

Perbezaan utama antara budaya China dan Barat ialah China adalah satu negara Timur, serta budaya tradisional dan berbeza dengan budaya Barat. Budaya China berusia lebih daripada 5000 tahun, dan orang-orang China telah membangunkan sendiri muzik, alat muzik, teknik lukisan, perubatan tradisional China, dan juga kaedah memasak dan sebagainya – benar-benar berbeza dan unik jika dibandingkan dengan budaya Barat. Orang China percaya pada pemakanan yang sihat dan mempunyai pendekatan holistik kepada kesihatan. Budaya Barat pula yang lebih suka pengembaraan dan penerokaan. Kaum China lebih menumpukan pada keuntungan secara kolektif bukan keuntungan individu semata.

Cara gaya hidup

Orang barat sangat suka bersendiri, dan kita dapat lihat bahawa makan seorang diri di restoran dianggap normal atau perkara biasa, dan jika kita menemani mereka, kemungkinan mereka akan merasakan privasi mereka sedikit terganggu.

Orang China pula amat sukakan kemeriahan dan sukakan suasana keramaian. Suasana keramaian dan kemeriahan dapat dilihat di restoran apabila mereka suka makan beramai-ramai dengan kawan mereka. Budaya makan bersama-sama bukan sahaja dapat memeriahkan suasana malah dapat mengeratkan silaturahim di antara keluarga atau rakan mereka.

Konflik atau konfrontasi

Konfrantasi

Di negara Barat, mereka lebih suka berterus terang atau "straight forward" tetapi di China, bersifat terus terang tidak digalakkan bagi memelihara perhubungan yang baik antara satu sama lain.

Hubungan

Orang China sangat peramah, dan mementingkan perhubungan dan persahabatan. Kita dapat lihat budaya timur lebih cenderung kepada "small talk" untuk membina persahabatan manakala di Barat, adalah di sebaliknya.

Makan

Orang China gemar berkumpul untuk makan bersama ahli keluarga mereka di meja bulat, dan orang Barat sukar memahami budaya China yang dikenali "tuanyuan" yang bermaksud "reunion".

Manakala orang Barat pula tidak gemar makan beramai-ramai, malah konsep "reunion" untuk orang China sangat dalam dan kemungkinan berbeza dengan orang Barat.

Kita sedia maklum bahawa orang China menggunakan chopstick untuk makan dan jarang menyediakan garpu atau sudu. Tetapi saya diberitahu, untuk menggunakan chopstick juga terdapat pantang larang. Contohnya anda tidak boleh mencucuk chopstick di atas nasi kerana orang China berbuat demikian apabila menyembah orang yang meninggal.

Menepati masa

Orang China sangat mematuhi masa, saya diberitahu seperti di universiti, sekiranya kelas bermula pada pukul 8 pagi, pensyarah biasanya akan hadir 10 minit awal. Jika kelas tamat pada jam 11 pagi, mereka akan serta merta menamatkan pembelajaran tanpa menambah masa untuk tidak mahu mengganggu pembelajaran seterusnya.

Bagi negara barat seperti Amerika, masa adalah wang. Dalam masyarakat yang berorientasikan keuntungan, masa adalah satu komoditi yang berharga.

Budaya kerja di China

Rajin dan komited

Orang China menyerap nilai-nilai moral yang menjunjung tinggi semangat bekerja keras, berdedikasi tinggi dan kita boleh lihat dari orang tua ke muda, ada pelbagai kerja yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan.

Rakan saya yang bernama Asmawati yang pernah belajar di universiti memberitahu saya bahawa ada seorang pensyarah di universiti bertanya tentang kualiti cara pengajaran beliau dan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Ini terbukti bahawa masyarakat China sangat berdedikasi dan akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

Masa

Bukan sahaja budaya kerja orang China yang menitikberatkan masa, malahan sistem pengangkutan juga menepati masa.

Contohnya, kereta api bawah tanah atau subway juga menepati masa seperti dipaparkan di skrin.

Efisien

Seperti kita sedia maklum bahawa urus niaga dalam talian telah berkembang pesat di China. Maka, ini telah menjadikan pekerjaan seperti posmen atau penghantar barang sangat sibuk di China. Penghantar barang atau posmen di China boleh dikatakan sangat efisien, dalam tempoh dua atau 3 hari anda boleh dapat barang yang dibeli.

Mereka juga akan memastikan barang anda sampai tepat pada waktunya dan sekiranya berlaku masalah, mereka akan terus berhubung dengan pembeli dan akan bertanggungjawab sekiranya barang anda tidak dapat dihantar.

Langkah langkah mengatasi perbezaan budaya

Masalah komunikasi

Halangan komunikasi dapat diatasi dengan memahami budaya orang lain sebelum berinteraksi dengannya. Budaya terdiri daripada bahasa dan perilaku budaya orang lain.

-Kita perlu memahami konsep budaya dan faktor yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi.

Saling hormat menghormati

-Kita perlu berfikiran terbuka, sabar, memandang perbezaan secara positif dan unik, serta perlu bersifat flesibel.

Kita seharusnya memahami adat mahupun budaya setempat. Jika berada di tempat orang, ikutlah budaya mereka dan raikan perbezaan.

Kita harus saling menghormati budaya di tempat orang dan jangan lepaskan peluang untuk pelajari mengenai budaya di setiap tempat kita pergi.

(oleh Puteri Sabira, CRI)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China