Cari:
Taman Geologi Nasional Wumeng- Pemandangan Hijau yang Memukau
2017-11-13 13:34:09 CRI Cetak

oleh Puteri Sabira

Pada hari ketiga di Guizhou, kami diberi peluang untuk berkunjung ke Taman Geologi Nasional Wumeng Liupanshui. Perjalanan dari bandar Panzhou ke Wumeng mengambil masa lebih kurang dua jam menaiki van yang dikhaskan untuk wartawan CRI.

Apabila kami tiba ke puncak tersebut, saya kagum melihat dengan kebersihan di dataran tersebut yang dipenuhi dengan rumput yang hijau serta gunung ganang.

Cuacanya dan suhu yang tidak begitu sejuk, membuatkan kami selesa menaiki tangga yang sedikit curam. Di puncak bukit, terdapat banyak kipas angin untuk penjanaan elektrik bagi penduduk Guizhou. Bagi yang sukakan alam semula jadi, taman ini amat sesuai untuk mereka yang tidak sukakan pencemaran udara di kawasan bandar.

Saya juga tidak lepaskan peluang untuk tangkap gambar di puncak bukit yang indah itu sambil menghirup udara yang segar.

Taman Geologi ini adalah salah satu padang rumput yang tertinggi dan terbesar di barat daya China. Pemandangan indah di Wumeng meliputi kawasan utara Panxian kaunti yang merangkumi wilayah Sige dan Pingdi pada ketinggian 2,000 meter sehingga 2857.

Liupanshui Liupanshui dikenali sebagai "City of Coolness in China" kerana iklimnya adalah "sejuk, menyenangkan, lembap, serta segar dengan sinaran ultraviolet sederhana". Liupanshui secara geografi dipaparkan dengan ketinggian rendah dan tinggi di mana liputan salji di musim sejuk melebihi 3 bulan.

Di taman ini juga sesuai untuk kanak kanak beriadah kerana tempat untuk mendaki tidak begitu melelahkan.

Kemudian, kami pulang ke hotel pada pukul 5 petang sebelum matahari terbenam. Apabila dalam perjalanan pulang, kami sempat mengambil gambar di tasik dengan pandangan yang begitu menakjubkan, pada waktu senja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China