Cari:
Tempat Beli Belah di Beijing
2017-11-21 10:29:48 CRI Cetak

(Joy City di Xidan)

oleh Puteri Sabira

Sekiranya anda suka membeli belah, Beijing terdapat banyak tempat untuk membeli, tidak kira barangan murah atau barang yang berjenama. Dari barang antik, murah, dan eksklusif serta barang yang tidak terfikir pun boleh didapati.

Sesiapa yang pernah ke Beijing, akan bersetuju dengan pendapat saya, bandar Beijing adalah bandar yang mempunyai pelbagai pusat membeli belah, dengan kemudahan subway yang disediakan akan lagi memudahkan anda ke destinasi berkenaan.

Tempat pertama yang menjadi kegemaran saya untuk membeli belah ialah Xidan Shopping Center. Di sini, ada stesen subway tersendiri iaitu Xidan stesen yang terletak di Line 1.

Di sini, ia terdapat pelbagai kedai yang menjual dari harga mahal serta juga kedai atau pasar yang kecil menjual barangan murah. Anda juga boleh membuat tawar menawar dengan penjual. Kedai-kedai kecil ini terletak di bahagian utara jalan "Xidan Beidajie".

Jika anda mahu jenama yang terkenal seperti Zara, Hollister, Sketchers dan sebagainya, anda boleh ke bahagian barat Xidan Beidajie.

Wangfujing adalah kawasan yang memang dikenali sebagai pusat membeli belah yang menarik dan popular di kalangan pelancong asing mahupun rakyat tempatan.

Di sini, saya dapati terdapat pelbagai makanan, minuman serta barang untuk dibeli sebagai kenangan. Di Xiao Chi Jie, anda boleh membeli pelbagai makanan ringan tempatan yang unik dan sedap.

Di sini, terdapat pelbagai makanan seperti sate, tofu dan kepada yang suka mencuba sesuatu eksotik, makanan seperti belalang, dan bintang laut juga ada.

Makanan seperti lipan, belalang serta serangga ini akan dipanggang di atas bara api. Ada juga buah strawberi yang dicucuk serta disalut caramel juga boleh didapati di sini. Memang sedap dan keadaan gerai-gerai makanan di Wangfujing mengingatkan saya di pasar malam di Malaysia.

Memang meriah dengan ramai pengunjung dan rugi jika tidak ke sini.

Tempat lain yang anda boleh kunjungi ialah "Silk Market" yang terletak di Yong'anli. Yong'anli juga terletak di Line 1. Kebanyakan tempat membeli belah memang mudah dituju dengan adanya kemudahan subway.

Di sini, memang anda akan lihat ramai pelancong asing yang membanjiri kedai-kedai dan terdapat pelbagai aneka pakaian, kasut, dompet serta kain yang cantik.

Di sini, tidak ada masalah bahasa kerana rata-rata penjual boleh berbahasa Inggeris, dan sekiranya anda boleh berbahasa Mandarin, anda mungkin dapat tawar menawar dengan harga yang lebih rendah.

Saya hanya teman kawan saya membeli sedikit barang souvenir untuk dibawa ke kampung halaman.

Setelah penat berjalan, kami pergi ke restoran Malacca Legend, yang menyajikan makanan dari Malaysia.

Restoran ini menawarkan masakan Melayu Cina dan Nyonya, kuih tradisional dan yang lain seperti roti canai, teh tarik, daging rendang serta mi mamak.

Segala makanan di sini mengingatkan saya kepada kampung halaman saya. Nasi lemak dan char koew teow adalah antara makanan kegemaran saya.

Walaupun harga agak mahal, tetapi kelazatan dan suasana di restoran ini membuatkan makanan di sini berbaloi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China