Cari:
E-dagang Yang Kian Berkembang di China
2017-12-18 10:28:39 CRI Cetak

oleh Puteri Sabira

Jack Ma, pengasas Alibaba dari Hangzhou, China ialah ahli perniagaan yang terkenal di dunia dan telah transformasikan dunia perdagangan global dan kini telah memiliki pejabat pemasaran dan jualan luar di lebih 30 buah bandar raya di China, Hong Kong, Amerika Syarikat serta Switzerland.

Sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan beliau, Jack Ma, yang pernah melalui fasa kesukaran sebelum berjaya mampu memberi inspirasi kepada sesiapa yang mahu memulakan perniagaan tidak kira perniagaan berskala besar mahupun perniagaan secara kecil-kecilan.

Menurut laporan Xinhua, Alibaba telah mencatat keuntungan bersihnya iaitu 96% iaitu lebih 14 bilion yuan pada tahun suku pertama fiskal yang berakhir pada bulan Jun tahun ini.

Sementara itu, bilangan pembeli aktif pada barangan runcit di China meningkat kepada 466 juta, mencakupi satu pertiga daripada penduduk China.

Bilangan pengguna bulanan aktif dalam urus niaga dalam talian telah mencapai 529 juta, 22 juta lebih banyak berbanding Mac 2017.

E-dagang kini juga membantu meningkatkan jana pendapatan penduduk di kawasan luar bandar di China. Penduduk di luar bandar China membelanjakan 894.54 bilion yuan (131.47 bilion dolar AS) dalam talian pada 2016. Selain itu, terdapat lebih daripada 8.11 juta pemilik perniagaan dalam talian di luar bandar China tahun lalu, mencipta lebih daripada 20 juta pekerjaan.

Platform yang utama dalam sektor ini adalah JD.com, dan Tmall Alibaba dan Taobao. Bagi orang asing di China seperti saya yang mungkin tidak dapat melayari laman sesawang dalam bahasa Cina ini, terdapat juga Baopals, yang menawarkan laman web dalam bahasa Inggeris di China, untuk mengakses lebih daripada 800 juta produk di platform Alibaba Taobao dan Tmall.

Pasaran e-dagang yang besar dan dinamik di China kini semakin meningkat, dan tahun ini JD.com, Alibaba dan Tencent adalah antara enam teratas dalam Fortune Global 500.

Dengan nombor seperti ini, tidak hairanlah China adalah pasaran e-dagang yang paling pesat berkembang di dunia.

Di China, terdapat banyak laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan urusniaga dalam talian. Sebagai contoh, Taobao adalah laman jual-beli China yang kian terkenal di kalangan pembeli luar negara kerana harganya yang sangat berpatutan.

Setelah berada di China selama lima bulan, barulah saya mengerti kenapa ramai rakyat China suka membeli belah secara dalam talian, walaupun di Malaysia saya mempunyai pengalaman membeli belah dalam talian tetapi ia tidak semudah seperti di China.

Di China, terdapat perkhidmatan pembayaran mudah alih yang kian terkenal iaitu We-Chat serta Alipay. Saya telah muat turunkan dua aplikasi ini, dan ia sangat memudahkan rutin harian saya dalam membeli belah.

Saya sangat kagum dengan kesungguhan kerajaan China yang ingin membentuk "cashless society" pada masa yang akan datang, dan menurut laporan Xinhua, China akan menjadi negara tanpa tunai dalam masa 1,698 hari.

Pada mulanya, saya berasa agak janggal tidak membawa tunai ke mana-mana sahaja, tetapi saya sudah dapat adaptasikan dengan keadaan tidak membawa wang tunai apabila mahu membuat pembayaran.

Tidak seperti membayar dengan kad kredit di negara barat, pembayaran tanpa tunai China merujuk kepada pembayaran mudah alih pada telefon pintar.

Di China hari ini, warga emas menggunakan telefon pintar untuk membeli sayur-sayuran di pasaraya. Rata-rata pekerja menggunakan basikal sewa untuk ke tempat kerja, dan kini golongan muda gemar membeli belah di laman sesawang.

Penduduk di desa kini menjadi lebih celik dalam teknologi dengan menggunakan perkhidmatan pembayaran dalam talian untuk membeli belah serta menjual produk.

Kini, setelah hampir 5 bulan di Beijing, saya dapat merasakan kehidupan saya semakin hari semakin mudah dengan wujudnya pelbagai perkhidmatan yang disediakan, dan saya juga kagum dengan perubahan di negara China dari segi pengangkutan, inovasi, perkhidmatan dalam talian serta banyak lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China