Cari:
Opera Beijing
2018-01-02 11:36:03 CRI Cetak

oleh Puteri Sabira

Sesiapa yang mencintai kesenian dan kebudayaan tradisional China, pasti akan terpukau dengan persembahan Opera Beijing atau dikenali sebagai Opera Peking. Opera Peking adalah satu persembahan tradisional China berbentuk teater yang menggabungkan muzik, tarian serta akrobatik.

Pada minggu lepas, saya menghadiri satu persembahan Opera Peking antarabangsa yang terletak di Yong'anli. Setiap pelakon dan penyanyi opera mengenakan pakaian yang berwarna-warni dan dalam setiap watak antara lelaki dan perempuan mempunyai personaliti yang berbeza.

Opera Peking mempunyai sejarah selama 200 tahun, dan masih dipelihara sehingga kini. Tidak dapat dinafikan, Opera Peking memberikan pengaruh dan inspirasi yang kuat dalam budaya Cina.

Saya amat tertarik dengan wajah solekan opera, yang mengandungi pelbagai warna warni. Setiap warna melambangkan ciri yang istimewa kepada Opera Peking. Warna yang terdapat dalam Opera Peking adalah hitam, merah, biru serta kuning.

Warna merah melambangkan berani, setia serta gagah, warna biru pula bermaksud pahlawan yang berani. Warna hitam merujuk kepada kebijaksanaan serta kesaksamaan. Warna hijau pula melambangkan keganasan serta tidak mempunyai emosi. Walaupun saya tidak faham jalan ceritanya, tetapi lakonan yang mantap serta diiringi dengan muzik yang merdu mampu memukau hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Pakaian yang bersulam serta aksesori di kepala dan perhiasan rambut mampu meningkatkan dan menghidupkan watak yang dilakonkan. Keunikan opera Cina terletak kepada solekan di mata dan pipi serta pakaiannya.

Himpunan Opera Peking mengandungi cerita dongeng, kisah dinasti-dinasti di China, peristiwa bersejarah yang signifikan, kisah berkenaan maharaja dan jeneral dari masa purba sehinggalah ke zaman Yao, Shun, Yu dan dinasti Qin, Han, Sui, Tang, Song, Yuan, Ming, dan Qing.

Aktiviti nyanyian juga diadakan dan saya sempat mengikuti guru yang ajar warga asing untuk menyanyi opera. Ia memerlukan nada yang agak tinggi, dan agak susah untuk mengikuti melodinya.

Di samping itu, persembahan dilatari dengan instrument perkusi, instrument bertali gong, simbal, seruling, dan dram. Melodi yang harmoni dan juga lunak sedap didengari. Ramai penonton di kalangan warga asing menikmati muzik yang dipersembahkan.

Selain itu, tarian dari kanak-kanak kecil juga menarik perhatian saya. Mereka menari dengan begitu lembut dan kelihatan sangat comel seperti anak patung.

Mengikut sejarah, Mei Lanfang adalah individu yang memperkenalkan Opera Peking di luar negara. Beliau banyak terlibat dengan aktiviti pertukaran budaya dan kesenian dengan negara-negara luar seperti Jepun, Amerika Syarikat serta banyak lagi. Dengan sumbangan beliau terhadap opera, Mei Lanfang adalah tokoh yang saya kagumi sehingga boleh memperkenalkan budaya China di mata dunia.

Walaupun opera Peking mempunyai sejarah lebih 200 tahun, apakah warisan ini akan dikekalkan dengan era pemodenan China yang kian berkembang? Satu soalan yang saya belum tentu tahu jawapannya, tetapi sesiapa sahaja akan mengagumi dengan kebudayaan dan kesenian Cina yang masih terpelihara sehingga kini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China