Cari:
Kenapa Kita Perlu Kuasai Bahasa Mandarin ?
2018-01-09 16:28:32 CRI Cetak

oleh Puteri Sabira

Bahasa Mandarin kini menjadi bahasa "international" yang kedua terbesar selepas Bahasa Inggeris. Tidak dapat dinafikan, bahasa Mandarin amat signifikan untuk memantapkan lagi hubungan antara negara Malaysia dan China. Di samping itu, menguasai bahasa Mandarin juga boleh memudahkan rakyat Malaysia untuk berkomunikasi dengan rakyat China terutamanya dalam bidang perniagaan.

Malah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menegaskan bahawa komunikasi memainkan peranan penting dalam membina hubungan ini, dan kemahiran dalam beberapa bahasa akan memudahkan usaha kea rah mencapai hubungan yang lebih efisien.

Bahasa Mandarin hari ini sudah mengalami evolusi yang sangat besar iaitu daripada lukisan kepada tulisan.

Mengapa saya katakan Bahasa Mandarin merupakan satu keperluan?

Pertama, Malaysia merupakan Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, dan China adalah kedua paling ramai. Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, China dan India. Mempelajari bahasa Mandarin dan juga Tamil boleh merapatkan silaturahim antara sesama sendiri.

Keharmonian memang mudah dicapai sekiranya kita memahami budaya lain dan ini sangat penting untuk menyatukan dan mengintegrasikan masyarakat di Negara ini.

Bahasa Mandarin juga membantu anda sekiranya anda mengembara atau "travel" ke tempat lain seperti Taiwan, Hong Kong, Mongolia dan Singapura.

Tidak dinafikan, bahasa Mandarin memang agak mencabar jika tidak berguru. Ini kerana bahasa mereka tidak menggunakan sistem alphabet iaitu sistem ABC, tetapi sebaliknya menggunakan sistem pinyin.

Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turunkan jika mahu mempelajari bahasa Mandarin dengan lebih berkesan. Di antaranya ialah "Pleco". Pleco merupakan kamus elektronik percuma yang boleh didapati di Google Play atau Apple Store.

Pleco adalah kamus yang lengkap dan mudah, anda boleh menggunakan pinyin, karakter atau maksud dalam bahasa Inggeris untuk mencari perkataan dan maksud yang diinginkan.

Kedua ialah aplikasi " Hello Chinese" yang menyediakan cara pembelajaran yang baik dan tersusun bagi membantu anda mempelajari bahasa Mandarin dengan lebih mudah dan berkesan.

Dengan menggunakan aplikasi ini, anda dapat belajar menulis karakter, cara sebutan dan juga tatabahasa dengan lebih baik.

Aplikasi ketiga ialah "Learn Mandarin Chinese", di mana untuk anda yang ingin belajar ayat-ayat yang mudah dalam bahasa Mandarin. Ia amat sesuai untuk dipelajari kerana suara dan sebutannya sangat tepat.

Ini adalah di antara aplikasi yang boleh anda muat turun sekiranya anda mahu belajar bahasa mandarin dengan lebih efektif.

Saya yakin orang Melayu akan bertambah mantap jika mereka boleh menguasai bahasa Mandarin. Secara tidak langsung, orang Melayu boleh menyerapkan budaya Melayu ke pentas dunia dengan lebih berkesan.

Dengan saranan Perdana Menteri Malaysia, telah banyak "platform" yang telah dicipta oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia menguasai dan mempelajari bahasa Mandarin.

Ini bukan sahaja boleh meningkatkan persefahaman rakyat kedua dua Negara malah mengalakkan pembangunan hubungan dua hala.

Semua ini menunjukkan bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia telah mengiktiraf kepentingan bahasa Mandarin sebagai bahasa komunikasi harian. Secara tidak langsung ia juga menjadi bahasa perpaduan di Malaysia.

Di samping dijadikan sebagai bahasa ekonomi, orang Melayu akan lebih memahami dengan lebih mendalam budaya kaum Cina.

Bahasa merupakan titik persamaan yang menjurus kepada kekuatan perpaduan di Malaysia.

Kebolehan berbahasa Mandarin akan mendorong kaum yang lain untuk menghargai bahasa serta kebudayaan kaum Cina.

Ini secara tidak langsung akan membantu menggalakkan perpaduan dalam kepelbagaian dan mendorong generasi baharu untuk saling menghormati demi memupuk semangat muhibah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China