Magu Hu
Magu Hu ialah alat muzik tradisional masyarakat etnik minoriti Zhuang. Alat muzik yang sudah bersejarah lebih 200 tahun ini, sangat popular di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi di barat daya China.
Dikisahkan secara turun-temurun bahawa pada masa dahulu kala, Raja Naga Laut suka makan sejenis kijang yang disebut "Jing" oleh rakyat etnik Zhuang. Terdapat seorang penduduk etnik Zhuang yang bernama Lie Lang. Beliau bertanggungjawab terhadap penangkapan "Jing" itu. Untuk itu, Raja Naga Laut memberi seekor kuda kepadanya. Akan tetapi, Lie Lang kebetulan telah bertembung dengan seekor raksasa. Dalam proses pergelutan dengan raksasa itu, kudanya itu jatuh pinsang kerana kakinya tercedera. Lie Lang menangis selama 9 hari dan 9 malam kerana terlalu sedih, kemudiannya dia tertidur.
Selepas tertidur, Lie Lang bermimpi bahawa Raja Naga Laut memberitahunya satu cara untuk mengubat dan membangunkan kudanya. Maka, beliau menggunakan tulang kaki kuda yang patah itu untuk membuat alat muzik Magu Hu yang pertama dalam sejarah etnik Zhuang. Kemudian Lie Lang memainkan Magu Hu itu selama 81 hari. Akhirnya, bunyi alat muzik yang merdu itu telah berjaya membangunkan kudanya. Bahkan kaki kuda yang cedera itu juga telah sembuh.