Cari:
Kerja Pembaikpulihan di Jalan Qianmen
2008-11-22 11:14:08 CRI Cetak
Jika menyebut nama Jalan Qianmen kita mesti menceritakan sejarah bandar Beijing. Pada awal abad ke-15, Beijing diisytiharkan sebagai ibu negara oleh raja Dinasti Ming. Sebatang jalan dari utara ke selatan China, melintasi kawasan tengah bandar. Terdapat 9 pintu utama di bandar Beijing, antaranya yang paling selatan dikenali sebagai "pintu Zhengyang", yang juga dikenali dengan nama "Qianmen". Pada zaman beberapa dinasti seperti dinasti Ming dan Qing, Qianmen merupakan tempat yang paling sibuk dengan orang ramai. Ini disebabkan pelbagai pejabat kerajaan dibina di tepi kedua-dua belah jalan di kawasan Qianmen itu. Selain itu, sekiranya penduduk dari bandar lain datang ke Beijing. Mereka biasanya tingal di kawasan Qianmen. Lama-kelamaan, Jalan Qianmen menjadi sebatang jalan komersial yang penuh dengan kedai, restoran dan tempat hiburan. Berdasarkan cataran sejarah, terdapat lebih 140 bangunan komersial dari seluruh China bertaburan di kawasan sekeliling Qianmen. Qianmen boleh dikatakan mencerminkan kemakmuran satu dinasti.

Pegawai Jabatan Artifak Beijing, Encik Wang Shiren menjelaskan: "Jalan Qianmen dibina pada abad ke-15 dan telah dibaikpulih sebanyak 5 kali. Penduduk Beijing yang berumur antara 70 tahun hingga 80 tahun melihat pembaikpulihan pada tahun-tahun 1920-an hingga 1930-an. Jalan Qianmen pada masa itu paling makmur."

Bagi penduduk warga Beijing, kebanyakan mereka masih ingat lagi akan kemakmuran jalan Qianmen pada masa itu. Encik Liang Houmin yang berumur 68 tahun mempunyai kenangan yang mendalam tentang jalan Qianmen pada masa itu. Katanya:

"Penduduk Beijing yang berumur mempunyai kenangan yang mendalam tentang kemakmuran jalan Qianmen pada masa dahulu. Ketika itu, penduduk tempatan suka membeli-belah di sini kerana terdapat banyak kedai besar dan menjual barang berjenama di sini. Jenama itu semuanya ialah jenama China yang amat terkenal pada masa dahulu dan sesetengahnya masih wujud hingga sekarang."

Beliau menambah lagi bahawa dengan perkembangan ekonomi dan masyarakat, pelbagai jalan komersial yang baru telah muncul dan sekarang ini, kedudukan jalan Qianmen sebagai pusat komersial mula merosot.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China