Cari:
Kerja Pembaikpulihan di bandar Beijing
2008-11-22 11:13:03 CRI Cetak

Beijing bukan sahaja merupakan sebuah bandar purba yang bersejarah lama, tetapi juga merupakan sebuah bandar antarabangsa yang baru. Dalam proses modenisasi bandar itu, kerajaan bandar Beijing sedang berusaha untuk memelihara wajah asal bandar itu. Kerja pembaikpulihan yang sedang dijalankan di Beijing merupakan skop yang paling besar sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949. Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembinaan Beijing, Encik Zhang Jiaming berkata:

"Berdasarkan rancangan kerajaan bandar Beijing untuk tahun 2008, matlamat yang ditetapkan bagi kerja pembaikpulihan di bandar itu adalah diberi fokus kepada 40 batang hutong, sejenis lorong kecil di kawasan kediaman penduduk Beijing dahulu dan sebanyak 140 siheyuan, sejenis rumah tipikal penduduk tempatan. Kami ingin memelihara peninggalan sejarah bandar purba itu, di samping menjamin keselamatan penduduk yang masih tinggal dalam pembinaan yang berkaitan. Kerja itu dimulakan pada tahun lalu dan akan diselesaikan pada tahun ini.".

Beijing merupakan ibu negara China yang telah bersejarah lebih 800 tahun. Pada masa dahulu, kawasan pusat bandar Beijing hanya merujuk kepada kawasan yang seluas lebih 60 kilometer persegi. Pembinaan seperti Hutong, Siheyuan dan lain-lain bercirikan adat resam yang istimewa. Namun, kawasan itu juga terletak pelbagai pembinaan yang amat lama seperti rumah penduduk generasi dahulu. Pembinaan tersebut tidak dapat memenuhi permintaan penduduk sekarang. Malah sesetengah pembinaan mempunyai risiko keselamatan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan bandar Beijing telah mengeluarkan prinsip bagi melaksanakan kerja pembaikpulihan terhadap bandar purba itu. Berdasarkan prinsip itu, bangunan yang mempunyai risiko keselamatan diberi fokus utama dalam kerja pembaikpulihan dan penduduk awam yang masih tinggal dalam bangunan yang berkaitan akan dipindah ke tempat lain. Bermula tahun 2005, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 580 juta yuan RMB setiap tahun untuk menjalankan kerja pembaikpulihan itu. Anggota Jawatankuasa Perancangan Beijng, Encik Cao Yaojin menyatakan: "Kerajaan akan memainkan peranan pimpinan dalam kerja pembaikpulihan tersebut. Semasa membaikpulih pembinaan purba itu dan menyediakan syarat yang lebih baik dan selamat kepada penduduk yang masih tinggal dalam binaan tersebut, rupa asal bandar purba Beijing juga akan dipelihara dan dikekalkan. Banyak Siheyuan yang bercirikan corak-corak tipikal Beijing akan dibaikpulih dengan mengekalkan rupa asal." Tambah beliau, pengalaman Beijng dahulu yang menjalankan kerja pembaikpulihan tentang sesetengah pembinaan purba amat bermanfaat bagi kerja kali ini.

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Bangunan Beijing dan pelbagai jabatan telah bersama-sama mengeluarkan "Panduan Teknik bagi Pembaikpulihan dan Perlindungan Bangunan Lama Beijing" dan menuntut kerja pembaikpulihan itu dijalankan secara ketat menurut panduan itu. Berdasarkan panduan itu, rupa asal dan corak-corak tradisional pembinaan tersebut akan dipelihara dan dikekalkan. Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembinaan Bandar Beijing, Zhang Jiaming menyatakan:

"Reka bentuk dan penggunaan bahan binaan akan dijalankan dengan mengikuti panduan itu secara ketat. Selepas kerja itu selesai dibuat, keadaan pelbagai pembinaan mesti memenuhi piawaian berkenaan."

Semasa kerja pembaikpulihan tersebut dijalankan, Suruhanjaya Perancangan Beijing, Suruhanjaya Pembinaan Bandar Beijing dan Jabatan Pentadbiran Artifak Beijing akan menghantar pegawai berkenaan untuk menjalankan bantuan dan penyeliaan terhadap kerja itu. Seramai 10 orang pakar berkenaan telah membentuk kumpulan kerja untuk menyediakan bantuan teknik bagi projek itu. Anggota kumpulan kerja itu, pakar perlindungan artifak terkenal China, Encik Xie Chensheng telah menyanjung tinggi "Panduan Teknik Pembaikpulihan dan Perlindungan Pembinaan Lama Beijing". Beliau berpendapat bahawa pengalaman bandar Beijing untuk melindungi bangunan purba dan artifak harus dicontohi di seluruh negara China. Beliau berkata:

"Panduan itu telah memberi prinsip asas yang menyeluruh terhadap kerja itu dan harus dijalankan dengan baik. Panduan itu bukan sahaja telah memelihara rupa asal bandar Beijing, tetapi juga telah membaiki syarat kehidupan seharian penduduk Beijing. Langkah-langkah yang diambil amat baik dan merupakan langkah baru yang harus dicontohi ke seluruh China kerana langkah-langkah yang berkaitan merupakan panduan strategik dalam tempoh masa yang panjang."

Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Artifak Bandar Beijing, Kong Fanzhi menyatakan bahawa kerja pembaikpulihan merupakan fokus utama dalam kerja pembinaan bandar Beijing yang bersejarah lama. Beliau memperkenalkan bahawa Beijing telah membentuk sistem perlindungan yang berkaitan seperti penubuhan jabatan perlindungan artifak, kawasan perlindungan sejarah dan kebudayaan dan bandar purba yang terkenal. Bermula tahun 2000 hingga sekarang, Beijing telah memperuntukkan sebanyak 930 juta yuan RMB dan 5 bilion yuan RMB dari masyarakat untuk menjalankan kerja perlindungan dan pembaikpulihan artifak. Sekarang, kerja itu telah mencapai kemajuan yang ketara dan masih dijalankan dengan lancar. Beliau berkata:

"Kerja perlindungan di Beijing bukan satu kerja sementera. Kerja itu harus dijalankan dalam tempoh masa yang panjang kerana Beijing ialah sebuah bandar purba. Kami ingin mengekalkan rupa asal bandar purba itu, di samping membaikpulih bangnunan yang lama seperti Siheyuan, Hutong dan lain-lain supaya menjamin keselamatan penduduk yang masih tinggal dalam bangunan tersebut. Selain itu, perlindungan bandar purba itu juga harus berselaras dengan perkembangan Beijing pada masa yang akan datang. "

Tambah beliau, konsep penduduk sekarang tentang kerja pembaikpulihan bandar Beijing juga sedang meningkat. Peruntukkan kewangan kerajaan kian hari kian meningkat. Masyarakat am sekarang memberi lebih banyak sokongan dan perhatian kepada kerja itu. Boleh dikatakan, Beijing sekarang mempunyai suasana yang amat baik bagi menjalankan kerja pembaikpulihan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China