Sekiranya saudara melancong di Beijing, anda mesti pergi ke sebuah warung teh yang istimewa untuk menghayat satu lagi tradisi penduduk Beijing, iaitu menikmati teh dan kuih-kuih yang penuh bercirikan China serta menonton lakonan balada rakyat di Beijing.
Yang saudara dengar tadi ialah undangan pelayan yang berdiri di depan Warung Teh Laoshe. Semasa saudara mendengar suara mereka, saudara seolah-olah telah kembali ke zaman dahulu di Beijing.
Warung teh merupakan tempat bersosial yang penting bagi penduduk Beijing pada zaman dahulu. Di samping itu, warung teh juga merupakan tempat bersantai bagi generasi dahulu. Mereka suka minum teh, di samping menikmati kehidupan yang selesa. Budaya warung teh yang berwarna-warni telah dicerminkan dalam Warung Teh Laoshe dengan sepenuhnya.
Laoshe ialah penulis dan dramatis yang terkenal di China pada zaman moden. Beliau dilahirkan di Beijing dan mempunyai pandangan yang luas tentang budaya tradisional di Beijing. Karya beliau "Warugn Teh" mencerminkan adat resam penduduk awam Beijing sebenar-benarnya dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penduduk China bagi beberapa generasi. Jadi warung teh tersebut mengambil nama penulis terkenal itu kerana warung teh itu ingin menyediakan satu tempat bagi rakyat biasa menikmati budaya tradisional Beijing. Warung teh itu terletak di Qianmen, kawasan pusat Beijing. Ia juga digelar "Muzium Adat Beijing Lama".
Penolong Pengurus Besar Warung Teh Laoshe, Encik Yang Xinyu menyatakan:
"Warung Teh Laoshe mula ditubuhkan pada secara rasmi tahun 1988 dan Qianmen, pusat Beijing dipilih sebagai tempat urusniaganya. Pengurus warung itu ingin pengunjungnya menikmati lakonan balada atau opera Beijing yang merupakan warisan budaya China yang unggul."
Menurutnya, warung teh juga telah menyediakan satu platform bagi para seniman, dan kebanyakan seniman menjadi terkenal melalui platform tersebut.
Dewan persembahan warung teh Laoshe terletak di tingkat tiga bangunan itu. Hiasan dewan persembahan itu mempunyai ciri-ciri China sepenuhnya. Meja dan kerusi kayu, tanglung merah yang tergantung pada dinding dewan itu menyediakan suasana yang indah menarik lagi kepada para penonton. Pengunjung seolah-olah berada di warung teh pada zaman dahulu.
Setiap malam, persembahan di warung teh tersebut sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dari dalam dan luar negara. Antara program-program yang diadakannya, persembahan Opera Peking, Kung Fu China, kesenian menukar topeng mendapat sambutan yang paling hangat.