Cari:
Warung Teh Laoshe Beijing
2008-11-22 11:16:42 CRI Cetak

Yang saudara pendengar nikmati tadi ialah persembahan opera Peking yang digelar "Shiyuzhuo". Program itu merupakan salah satu program klasik dalam seni Opera Peking dengan sejarah yang begitu lama. Persembahan oleh seniman terkenal China, Ma Zengshou adalah antara persembahan yang sentiasa mendapat tepukan gemuruh. Beliau kini berusir lebih 70 tahun, mula mengadakan persembahan di Warung Teh Laoshe sejak penubuhannya pada tahun 1988. Sekarang, beliau masih merupakan pelakon utama yang amat aktif di warung teh itu. Ma Zengshou memberitahu wartawan:

"Warung Teh Laoshe merupakan lambang bagi adat resam kalangan rakyat China, manakala, opera Peking adalah warisan budaya China dan kesenian yang amat berharga bagi seluruh rakyat China. Warung teh Laoshe merupakan satu tempat yang sukar ditemui pada zaman moden. Pemuda-pemuda zaman sekarang mempunyai cara hidup yang berbeza daripada generasi dahulu. Sebenarnya, Opera Peking berkait rapat dengan sejarah dan tradisi dan memang susah difahami oleh penonton jika seseorang kurang ilmu berkenaan. Memang saya sangat suka akan Opera Peking dan saya akan berusaha sedaya upaya untuk mengadakan persembahan di sini."

Yang saudara mendengar tadi ialah persembahan pukulan gendang. Teknik persembahan ini mempunyai seni yang amat tinggi. Wang Yulan ialah seniman yang terkenal di Beijing. Beliau telah lama mengadakan persembahan di Warung Teh Laoshe. Beliau berkata:

"Kesenian memukul gendang mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Namun, seiring dengan perkembangan zaman, pembaharuan juga perlu dibuat keatas seni ini. Kita perlu mengekalkan tradisi sambil memasukkan unsure-unsur moden. Sekarang, warung teh ini mempunyai reputasi yang baik di arena antarabangsa dan menarik perhatian ramai sama ada dari dalam mahu pun dari luar negara."

Beliau menambah lagi, hanya kesenian tradisional dengan ciri-ciri istimewa sahaja yang mendapat sambutan ramai.

Semasa program-program yang berkenaan diadakan, para penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Pada waktu rehat, pelayan akan membawa makanan dan teh kepada penonton. Inilah perbezaan besar dibandingkan dengan penontonan konsert muzik. Cara tersebut lebih selesa bagi penonton bersantai.

Liao Xiaofang ialah seorang pelancong dari Taiwan. Beliau mengetahui tentang warung teh daripada kawan-kawannya yang pernah melawat Beijing. Beliau diberitahu Warung Teh Laoshe merupakan tempat yang mesti dikunjungi di Beijing.

Puan Qiao Shuzhen pula ialah penduduk biasa Beijing. Beliau membawa anaknya untuk menonton persembahan di Warung Teh Laoshe. Beliau berkata:

"Saya membawa anak saya menonton persembahan di sini. Saya mahu anak saya mengetahui dan memahami seni tradisional China dari kecil. Saya paling suka persembahan Kung Fu di sini."

Difahamkan, jumlah pengunjung Warung Teh Laoshe akan mencecah lebih 300 ribu setiap tahun, antaranya 40% merupakan pengunjung asing. Ketiaka wartawan kami membuat wawancara di sana, Doma, seorang pemuda dari Finland sedang membawa teman wanitanya untuk menonton persembahan di sini sambil minum teh China, Doma memberitahu wartawan:

"Saya telah berada di China selama 7 bulan. Saya ingin melanjutkan pelajaran saya di sini sambil bercuti. Pada pendapat saya, Warung Teh Laoshe adalah satu tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong di Beijing. Saya amat suka akan teh China. Selain itu, persembahan akrobatik dan Kung Fu China sentiasa menarik perhatian saya."

Sejak penubuhan, Warung Teh Laoshe pada tahun 1988, beberapa generasi telah menyumbangkan tenaga untuk mewarisi budaya teh tradisional China ini sepanjang tempoh 20 tahun itu. Warisan budaya tradisional China ini dapat diwarisi dan ditunjukkan kepadas para penonton melalui platform ini.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China