Cari:
Lagu Rakyat Naynyian Teng Ge Er
2008-11-23 18:14:04 CRI Cetak

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu rakyat China yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki etnik Mongoli, Teng Ge Er.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati sebuah lagu rakyat Xinjiang yang dinyanyikan oleh Teng Ge Er dengan diberi tajuk "Sekuntum Bunga Mawar yang Cantik". Lagu ini merupakan satu lagu rakyat Hazak dan memperlihatkan kehidupan cinta yang bahagia sepasang kekasik.

Lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Sekuntum Bunga Mawar yang Cantik". Teng Ge Er ialah penyanyi dan penggubah etnik Mongolia terkenal China. Beliau diliharikan di Qi Etuoke, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China di bahagian utara China pada tahun 1960. Beliau diterima oleh sekolah kesenian Mongolia Dalam semasa berusia 15 tahun. Lima tahun selepas itu, beliau diterima oleh Konservatori Muzik Tianjin untuk mengikuti jurusan penggubahan muzik. Kemudian, beliau menjadi seorang penggubah muzik profesional dalam Kumpulan Nyanyian dan Tarian Etnik Pusat China. Bermula tahun 1986, beliau memasuki arena lagu China. Beliau menggunakan kebolehannya dalam bidang penggubahan muzik, menggabungkan kebudayaan etnik Mongolia yang kuno dengan muzik dan mencipta gaya ciptaan dan nyanyian yang tersendiri.

Berikutnya, marilah kita nikmati lagu nyanyian Teng Ge Er yang bertajuk "Sungai Kecil Beralir". Lagu ini merupakan salah sebuah lagu cinta yang menjadi popular di seluruh China. Lagu ini menggambarkan satu pemandangan yang indah. Di bawah bulan purnama, hanya sungai kecil di kaki gunung yang mengalir. Gadis yang jelita menyanyikan lagu untuk mengutarakan perasaannya. Nyanyiannya yang merdu dibawa oleh angin ke tempat tinggal kekasihnya.

Banyak karya lagu yang digubah dan dinyanyikan oleh Teng Ge Er telah kerap kali memperoleh anugerah dalam pertandingan muzik dalam dan luar negara dan diminati oleh ramai penggemar muzik. Sebagai hidangan terakhir, silalah nikmati lagu nyanyian Teng Ge Er yang bertajuk "Di Bawah Bulan Purnama". Ini merupakan salah sebuah lagu rakyat etnik Tatar, Xinjiang China. Lagu yang merdu ini memperlihatkan kenangan baik rakyat terhadap cinta.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China