Cari:
Kalendar "24 Musim"--- Permulaan Musim Sejuk
2008-11-23 18:06:57 CRI Cetak

"24 Musim" merupakan satu sistem kalendar yang diciptakan oleh rakyat China pada zaman purba berdasarkan perubahan iklim, sukatan hujan dan pelbagai fenomena alam yang lain.

Kalendar "24 Musim" China yang bersejarah lebih 2000 tahun merupakan hasil kajian rakyat China setelah menjalankan cerapan cakerawala dan membuat pemerhatian yang teliti dalam bidang meteorologi dan juga warisan budaya yang unik. Kalendar tersebut dapat menjangkakan perubahan suhu udara, penurunan hujan serta cuaca dan telah menjadi alat yang sangat berguna bagi kaum tani kerana daripada kalendar itu, mereka boleh mengetahui masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman dan penuaian.

Kalendar itu juga merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar. Hari pertama setiap penggal telah diberi nama seperti "permulaan musim bunga", "hujan" dan "serangga terjaga".

Pada puratanya, terdapat dua "musim" dalam masa sebulan dan masing-masing jatuh pada awal dan akhir sesuatu bulan. Yang jatuh pada awal bulan November ialah "Permulaan Musim Sejuk".

"Permulaan Musim Sejuk" merupakan penggal pertama bagi musim sejuk di China. Penggal itu bermula dari 7 hb atau 8 hb November dan berakhir hingga 22 hb atau 23 hb November setiap tahun. "Permulaan Musim Sejuk" bagi tahun ini telah jatuh pada 8 November lalu. Sama dengan "Permulaan Musim Bunga", "Permulaan Musim Panas" dan "Permulaan Musim Luruh", ketibaan hari "Permulaan Musim Sejuk" juga menandakan pergantian musim dan permulaan satu musim yang baru.

Dalam buku kuno China tercatat bahawa pada permulaan musim sejuk, kerja-kerja untuk menuai, menjemur dan menyimpan hasil tanaman yang matang pada musim luruh semuanya sudah selesai, manakala binatang-binatang yang mempunyai kebiasaan untuk tidur sepanjang musim sejuk juga telah balik ke sarang mereka. Jadi, setelah ketibaan hari "Permulaan Musim Sejuk", semua hasil tuaian telah disimpan dengan baik-baik untuk menghahapi musim sejuk yang panjang.

Hari "Permulaan Musim Sejuk" juga berada dalam tempoh peralihan daripada musim luruh kepada musim sejuk. Berdasarkan data-data kaji cuaca, dalam tempoh "Permulaan Musim Sejuk", tekanan tinggi yang sejuk dari Siberia dan tekanan tinggi dari Mengolia akan menjadi semakin kuat, udara sejuk yang kuat itu akan menyebabkan penurunan suhu udara berlaku di kebanyakan tempat di China dan juga akan membawa angin kencang dan salji, malah bencana fros.

Setelah berlalunya hari "Permulaan Musim Sejuk", rumput rampai akan layu dan pergerakan hidupan pun semakin berkurang untuk memelihara dan mengumpulkan tenaga bagi membuat persiapan untuk pertumbuhan semula pada musim bunga depan. Walaupun manusia tidak berhibernasi, akan tetapi, orang China memang mempunyai kebiasaan untuk memakan makanan berkhasiat bagi membekalkan tenaga untuk menghadapi kesejukan musim sejuk. Orang China percaya bahawa makanan yang mentah atau sejuk tidak patut dimakan pada musim sejuk dan kita juga tidak boleh memakan terlalu banyak makanan yang mempunyai banyak khasiat.

Di utara China, penduduk tempatan suka memakan daging kambing dan daging lembu pada musim sejuk. Akan tetapi, doktor juga menasihatkan supaya sayur-sayuran juga dimakan banyak selain memakan daging.

Pada hari "Permulaan Musim Sejuk", orang China juga mempunyai tradisi untuk berehat setelah letih bekerja sepanjang tahun.

Di China, makanan Jiaozi diberi nama berasal daripda cerita berlalunya musim atau tahun. Mengikut kalender China, hari ke-30 bagi bulan ke-12 iaitu hari terakhir bagi sesuatu tahun. Selepas berlalunya hari itu, tahun yang baru akan tiba. Manakala, "Permulaan Musim Sejuk" ialah hari bergantinya daripada musim luruh kepada musim sejuk. Jiaozi bermaksud bergantinya musim atau tahun. Jadi, orang China mempunyai tradisi untuk memakan Jiaozi sempena pergantian musim atau tahun dan tradisi tersebut diwarisi sehingga hari ini.

Pada hari "Permulaan Musim Sejuk", orang China akan pulang ke rumah dan berkumpul sekeluarga memakan Jiaozi untuk menyambut ketibaan musim sejuk.

Yang menarik ialah sekarang, orang China telah mencipta cara yang baru untuk menyambut ketibaan musim sejuk. Di Haerbin, sebuah bandar yang juga dikenali sebagai bandar ais di timur laut China, perlumbaan renang menyeberangi Sungai Songhuajiang akan diadakan pada setiap hari "Permulaan Musim Sejuk". Dengan menyertai perlumbaan yang mencabar itu, orang tempatan telah menunjukkan keberanian mereka untuk menyambut ketibaan musim sejuk yang baru.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China