Taman Tiantan yang bermaksud "Kuil Kayangan" ini merupakan kompleks bangunan upacara sembahyang yang masih wujud dan dipelihara dengan baik. Taman ini bukan sahaja paling utuh dan paling besar di China, malah di dunia.
Taman Tiantan mula dibina pada tahun 1420. Maharaja China pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing mengadakan upacara sembahyang di sini setiap tahun untuk memuja dewa-dewi kayangan, dan dewa-dewi bumi, matahari, bulan, gunung dan sungai supaya cuaca menjadi baik, kehidupan menjadi tenteram dan supaya tuaian yang melimpah dikurniakan kepada rakyat.