Cari:
Maharaja Wen Dinasti Zhou China
2008-12-10 16:53:42 CRI Cetak

Dalam sejarah China, zaman Dinasti Zhou merupakan dinasti ketiga selepas Dinasti Xia dan Dinasti Shang.

Dinasti Zhou ditubuhkan selepas Dinasti Shang digulingkan oleh Maharaja Wu Dinasti Zhou pada abad ke-11 sebelum Masihi dan ditumbangkan oleh Negeri Qin pada tahun 260 sebelum Masihi. Sejarahnya berlarutan selama 8 abad. Periode itu melahirkan pengaruh yang besar terhadap perkembangan sejarah China.

Dinasti Shang yang ditubuhkan pada abad ke-17 sebelum Masihi telah memasuki periode merosot selepas berkembang selama 600 tahun. Pentadbirannya tidak adil; maharaja sentiasa berperang dengan negeri lain bertahun-tahun lamanya; cukai dan beban yang dikenakan terhadap rakyat jelata semakin berat; pertentangan di kalangan bangsawan semakin hebat; dan masyarakat menghadapi krisis serius. Pada masa itu, Negeri Zhou, sebuah negeri yang ditadbir oleh Dinasti Shang berkembang menjadi kuat di Qishan, Provinsi Shaanxi China.

(Maharaja Wen Dinasti Zhou)

Raja Negeri Zhou Ji Chang menjalankan pentadbiran yang baik dan ini bermanfaat bagi perkembangan negerinya. Baginda mengenakan cukai yang tidak membebankan kaum tani dan dengan berbuat demikian, pertanian di Negeri Zhou berkembang pesat. Baginda mentitahkan tenteranya mengalahkan beberapa puak nomadik di sebelah barat laut yang sering menceroboh Negeri Zhou. Ji Chang juga dengan berjaya menyelesaikan persengketaan wilayah dengan beberapa negeri kecil di sekitar Negeri Zhou. Baginda menjalin hubungan baik dengan ramai tokoh terkenal dan pengaruhnya semakin besar.

Perkembangan pesat Negeri Zhou merupakan ancaman besar terhadap Dinasti Shang. Maharaja Zhou Dinasti Shang telah memenjarakan Ji Chang selama 7 tahun. Selepas Ji Chang dibebaskan dan kembali di Qishan, baginda berazam mengembangkan berterusan kekuatan Negeri Zhou, tetapi pada lahirnya baginda mematuhi Maharaja Zhou Dinasti Shang. Ji Chang dengan bersekutu secara sulit dengan banyak negeri kecil sehingga kekuatan negerinya lebih kuat berbanding Dinasti Shang. Setelah Ji Chang mangkat, putera mahkotanya Ji Fa menjadi raja Negeri Zhou. Ji Fa mengembangkan terus persekutuannya dan telah menumbangkan Dinasti Shang pada 2 tahun selepas itu dan menubuhkan Dinasti Zhou. Demi memperingati ayahandanya, Ji Fa menganugerahkan Ji Chang sebagai Maharaja Wen Dinasti Zhou.

Ji Chang bertakhta sebagai Raja Negeri Zhou selama 51 tahun. Sama seperti ramai tokoh terkenal dalam sejarah, jasanya yang besar dan akhlaknya yang luhur sentiasa dipuji oleh orang ramai dalam sejarah China. Pentadbirannya yang adil dan bijak juga sentiasa dicontohi maharaja-maharaja selepasnya dalam zaman silam China. Penyanjungan tinggi orang ramai dalam sejarah China terhadap Ji Chang iaitu Maharaja Wen Dinasti Zhou juga sentiasa digunakan sebagai contoh untuk menilai dan memuji maharaja-maharaja yang menjalankan pentadbiran bijak dan membuat jasa baik selepasnya dalam zaman silam China.

(Jiang Shang)

Maharaja Wen Dinasti Zhou menghormati orang yang berbakat. Jiang Shang merupakan seorang yang berbakat dalam bidang pentadbiran negara. Beliau berharap berkhidmat untuk raja yang bijak. Pada suatu hari, Maharaja Wen yang sedang memburu di kawasan berhampiran Sungai Wei telah bertemu dengan Jiang Shang yang beruban sedang memancing ikan. Dalam perbualan dengan Jiang Shang, Maharaja Wen mendapati bahawa walaupun Jiang Shang sudah berusia lanjut, tetapi beliau mempunyai kepakaran yang tinggi. Maharaja Wen sangat menghormatinya dan mendukung beliau ke istana Maharaja Wen dan melantik beliau sebagai pegawai tinggi. Jiang Shang telah memberi bantuan besar kepada Maharaja Wen Ji Chang dan putera mahkotanya Ji Fa. Beliau menetapkan dasar-dasar dalam dan luar negeri yang tepat dan berkesan dan memainkan peranan besar dalam penubuhan Dinasti Zhou.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China