Cari:
Lagu Rakyat Hakka yang Dinyanyikan oleh Chen Qingtai
2008-12-10 11:46:31 CRI Cetak

Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan lagu rakyat Hakka yang dinyanyikan oleh penyanyi Taiwan terkenal, Chen Qingtai.

Lagu rakyat Hakka yang popular di kawasan penempatan orang Hakka di provinsi Fujian, Guangdong dan Taiwan, dinyanyikan dalam dialek Hakka dan mengutarakan perasaan golongan tersebut terhadap kehidupan. Chen Qingtai merupakan penyanyi lagu rakyat Hakka Taiwan yang terkenal.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu yang bertajuk "Pertandingan Tanglung". Tanglung merupakan barangan kraf tangan kesenian dalam masyarakat. Lagu ini menggambarkan rasa gembira orang Hakka semasa pesta tanglung.

Chen Qingtai merupakan orang Zhudong, Taiwan, tempat tinggal orang Hakka. Sejak berusia 18 tahun, beliau beguru kepada Huang Liantian dan memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi lagu rakyat Hakka. Beliau membentuk gaya nyanyian yang tersendiri.

Berikutnya, marilah kita nikmati lagu nyanyian Chen Qingtai yang bertajuk "Taozhumiao".Taozhumiao terletak di kawasan utara Taiwan.

Chen Qingtai bukan sahaja pandai menyanyi, tetapi juga pandai menggubah lagu. Kebolehan ini menyebabkan beliau digelar sebagai "penyanyi serba boleh". Chen Qingtai memulakan penggubahan lagu sejak berusia 25 tahun. Karyanya melibatkan pelbagai jenis lagu rakyat Hakka dan jumlahnya paling besar. Kebolehannya yang fleksibel dalam menggubah lagu memberi daya hidup bagi lagu rakyat Hakka.

Seterusnya, silalah nikmati sebuah lagu tradisi rakyat Hakka, iaitu "Gaoyunshan Gezai".

Beberapa tahun yang lalu, Chen Qingtai terus berusaha mempopularkan lagu rakyat Hakka agar seni rakyat itu diwarisi dan dinyanyikan. Chen Qingtai juga dianggap sebagai pemuzik lagu Hakka terkenal. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Gadis Muda Seperti Sekumtum Bunga".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China