Cari:
Lapangan Tian'anmen, Gerbang Negara China
2008-12-17 11:03:11 CRI Cetak

Gerbang besar Tian'anmen yang mula dibina pada tahun 1417 merupakan pintu utama istana Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Nama asalnya ialah Gerbang Cheng Tian yang bererti "gerbang syurga yang aman". Gerbang itu pernah dua kali musnah akibat terbakar. Selepas dibina semula pada tahun 1651, namanya ditukar menjadi Gerbang Tian'anmen. Ia juga diberi gelaran hormat sebagai "Gerbang Negara".

Gerbang Tian'anmen merupakan tempat diadakan upacara penting pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Sebagai bangunan tipikal seni bina purba China, ia memperlihatkan kebijaksanaan rakyat China pada zaman kuno.

Pada 1 Oktober tahun 1949, Mendiang Presiden China, Mao Zedong mengumumkan penubuhan Republik Rakyat China di balkoni Tian'anmen. Peristiwa ini telah membuka satu lembaran baru dalam sejarah China. Dengan sejarahnya yang agak lama dan kebudayaannya yang gemilang, kini, Tian'anmen telah menarik ramai tetamu dari dalam dan luar negara.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China