Cari:
Makam Diraja Dinasti Ming
2008-12-24 09:35:00 CRI Cetak

Ming Tomb, iaitu Makam Diraja Dinasti Ming yang terletak di kawasan pergunungan Tianshou, Daerah Changping Beijing ialah panggilan umum kepada 13 buah makam diraja dari zaman Dinasti Ming. Luasnya makam ini 120 kilometer persegi.

Pembinaan kesemua 13 makam ini memakan masa yang panjang, mulai dari pembinaan Makam Changling pada tahun ketujuh Yongle (tahun 1409), hinggalah ke pembinaan Makam Siling yang dimulakan pada awal tahun satu Shunzhi pada zaman Dinasti Qing, tempohnya berlanjutan hingga 200 tahun lebih. Dalam tempoh itu, terdapat 13 orang maharaja, 23 orang permaisuri, dua orang putera, lebih 30 orang gundik raja dan seorang kasim dikebumikan di sini.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China