Cari:
Seruling Labu Air
2008-12-15 09:31:55 CRI Cetak

Tentang alat muzik ini, terdapat sebuah legenda: Pada masa dahulu kala, ada seorang teruna etnik Dai membeli belah di pasar. Dia terdengar suara penjaja yang berbunyi "Belilah labu airku. Labu airku manis sekali". Teruna itu melihat penjual labu air itu ialah seorang gadis jelita. Maka, dia membeli sebuah labu air dan memasaknya. Rasa labu air itu manis sekali. Selepas itu, teruna tersebut sering kali membeli labu air daripada gadis itu. Dengan demikian, teruna itu semakin hari semakin mengenal gadis itu.

Pada suatu hari, tas undangan gadis itu, teruna itu berkunjung ke taman tumbuh-tumbuhan gadis itu. Dia membawa sebuah labu air kering dan membuatnya sebagai seruling labu air, kemudian meniup irama lagu yang merdu dan meluahkan rasa cintanya kepada gadis itu. Kemudian, mereka berdua menjadi suami isteri dan hidup dengan bahagia. Pada masa itu, kaum teruna dan gadis etnik Dai biasanya meluahkan rasa cinta mereka melalui seruling labu air.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China