Tapak peninggalan sejarah Orang Peking yang ditemui 70 tahun yang lalu, terletak di Gunung Longgu, barat daya Beijing.
Muzium Orang Peking Zhoukoudian
Di tapak peninggalan sejarah ini, ditemui beberapa longgokan abu akibat kebakaran, sejumlah besar tulang yang terbakar, serta puluhan ribu barang yang diperbuat daripada batu. Penemuan ini membuktikan bahawa Orang Peking bukan sahaja pandai menggunakan sumber api untuk menahan kesejukan dan memasak, malah pandai membuat barang dengan batu sebagai peralatan dan menggunakannya sebagai senjata atau alat pengeluaran.