Guozijian merupakan institusi pengajian tinggi yang paling berprestij pada zaman Dinasti Yuan, Ming dan Qing.
Mata pelajaran yang ditawarkan di Guozijian termasuklah tatasusila, muzik, disiplin, teknik memanah, seni mempertahankan diri, kesusasteraan dan ilmu hisab.
Pada ketika itu, melanjutkan pengajian di Guozijian, kemudian lulus dalam peperiksaan tertinggi kerajaan, dan akhirnya dilantik menjadi pegawai kerajaan, menjadi impian semua pemuda yang bercita-cita menceburi bidang politik, kerana inilah satu-satunya yang dapat mengharumkan nama keluarga.
Patung Konfusius
Guozijian bukan sahaja menerima pelajar dari dalam negeri, tetapi juga pelajar dari seberang laut.
Kini, Guozijian sudah diubah suai menjadi Perpustakaan Ibu Kota.