Pemandangan Seluruh Kuil Lama Yonghe
Kuil Lama Yonghe yang dibina pada zaman Dinasti Qing, terletak di bahagian timur laut bandar Beijing.
Pada tahun 1694, Maharaja Kangxi telah membina sebuah istana di tempat tersebut, dan menghadiahkan istana itu kepada anak keempatnya, iaitu Putera Yongzheng. Istana tersebut digelar Istana Putera Yong. Pada tahuan 1725, nama istana itu pula ditukar menjadi Istana Yonghe.
Arca Buddha dalam Kuil Lama Yonghe
Disebabkan terdapat dua orang raja yang pernah mendiami istana ini, maka imejnya dianggap setaraf dengan Kota Larangan.