Cari:
Lagu Rakyat Tibet yang Dinyanyikan Tsaidan Choma
2009-02-26 12:20:46 CRI Cetak

25 Februari ialah Tahun Baru kalendar Tibet. Dalam rancangan hari ini, saya akan menghidangkan lagu rakyat Tibet yang dipersembahkan oleh penyanyi tersohor etnik Tibet China, Puan Tsaidan Choma.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu nyanyian Tsaidan Choma yang berjudul "Ama Lai Hong". Iramanya rancak dan menceritakan rasa gembira penduduk etnik Tibet menyambut musim menuai. Lirik lagu, antara lain berbunyi "Musim gugur tiba pada bulan Ogos, tanaman matang, barli dataran tinggi yang berwarna emas dituai banyak sekali."

Tsaidan Choma dilahirkan pada tahun 1937 dalam sebuah keluarga petani yang tinggal di Xigaze, Tibet. Nama Tsaidan Choma dalam bahasa Tibet bermakna "dewi yang berumur panjang". Penduduk Tibet pandai menyanyi dan menari. Tsaidan Choma mempelajari nyanyian lagu rakyat etnik Tibet sejak kecil. Pada tahun 1956, Tsaidan Choma dipilih sebagai wakil pemuda dari kawasan Xigaze untuk menyertai sidang perwakilan golongan muda Tibet di Lhasa serta mengadakan persembahan dalam majlis kesenian malam. Nyanyiannya yang merdu telah mengharukan hati setiap peserta. Dengan sebab itulah, beliau dipilih menjadi penyanyi solo Kumpulan Nyanyian dan Tarian Tibet.

Pada tahun 1958, Tsaidan Choma lulusujian kelayakan untuk belajar di Konservatori Muzik Shanghai. Di bawah didikan profesor Wang Pinsu, taraf nyanyian dan teori muzik Tsaidan Choma semakin meningkat. Beliau bukan sahaja dilatih dengan nyanyian barat, tetapi juga mengekalkan ciri ciri etnik Tibet. Nyanyiannya mendapat sambutan baik di China.

Seterusnya, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Zong Ba Lang Song". Lagu ini memuji pemandangan semula jadi yang indah di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet. Lirik lagu, antara lain berbunyi "Bunga berwarna putih kembang di Padang rumput. Sebaik-baik bunaa berkembang, tentulah lebah datang."

Tsaidan Choma pernah menyertai banyak persembahan yang berskop besar dan mengadakan konsert nyanyian solo serta memperoleh "Anugerah Piring Hitam Emas", "Anugerah Lagu Terbaik Siaran Radio China", "Anugerah Kesenian dan Sastera Qomolangma" Tibet dan beberapa lagi.

Beberapa tahun lalu, Tsaidan Choma dipilih sebagai duta persahabatan rakyat China mengadakan persembahan di beberapa negara dan wilayah dan persembahan beliau mendapat sambutan baik di luar negeri.

Berikutnya, saya menghidangkan lagu berjudul "Ren Zeng Wang Mu yang Cantik". Lagu ini menggambarkan rasa cinta seroang pemuda terhadap seorang perempuan. Lirik lagu, antara lain berbunyi "Walaupun kita baru berkenalan, tetapi imejmu akan kekal terpahat dalam hatiku. Asalnya dapat hidup bersama-sama denganmu, saya tidak kisah menghadapi kesukaran yang luar biasa."

Sebagai hidangan terakhir hari ini, marilah kita nikmati lagu yang berjudul " Lagu Minum Arak". Lagu ini selalunya dinyanyikan beramai-ramai ketika bersama-sama minum untuk merapatkan hubungan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China