Leiqin, yang juga dikenali sebagai "Leihu", ialah sejenis alat muzik gesekan yang dicipta pada tahun 1920-an.
Dengan ditambah kulit ular pada permukaan kotak resonansnya, bunyi yang keluar dari alat muzik ini menjadi lebih kuat dan lantang, dan sangat merdu didengar.
Ia bukan sahaja dapat meniru bunyi suara orang, dan bunyi pelbagai binatang, malah boleh meniru bunyi yang dikeluarkan oleh beberapa alat muzik bertali yang lain dan bunyi pelbagai gendung, termasuklah Sheng, Guan (alat muzik tiup), Suona, Jinghu, Erhu, Luo (gong), dan Gu (dram).