Cari:
Gunung Emei
2009-03-18 09:54:55 CRI Cetak

Gunung Emei yang terletak di sebelah barat daya Provinsi Sichuan, bahagian barat China, tingginya 3099 meter dari paras laut.

Pemandangan yang menakjubkan di Gunung Emei ada kaitannya dengan perkembangan agama Buddha. Pada abad pertama Masihi, agama Buddha yang berasal dari India, mula-mula diperkenalkan di gunung itu. Oleh itu, kuil Buddha yang dibina di kawasan itu adalah yang pertama di China. Dengan terbinanya kuil-kuil di sekelilingnya, Gunung Emei menjadi tempat suci bagi penganut agama Buddha China.

Dengan pemandangan alam semula jadi yang indah permai, sumber flora dan fauna yang pelbagai, serta amalan agama yang istimewa, Gunung Emei menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke situ.

Gunung Emei yang Diliputi Salji

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China