Patung ini dibina hasil sumbangan Sami Haitong dari Kuil Lingyun di kaki Gunung Leshan. Pada masa itu, beliau mendapati Gunung Leshan terletak di kawasan pertemuan tiga batang sungai, iaitu Sungai Min, Sungai Dadu dan Sungai Qingyi. Di laluan sungai tersebut, sering berlaku kemalangan kapal yang mengorbankan jiwa. Oleh itu, beliau memutuskan untuk membina sebuah patung Buddha di gunung ini sebagai memohon restu bagi keselamatan kapal-kapal yang melalui kawasan itu. Dengan usaha bersungguh-sungguh yang dilakukannya selama 90 tahun, patung ini siap dibina dengan sepenuhnya.
Dengan teknik pahatan dan ukiran yang halus, serta bentuk patung yang indah dan mengagumkan, patung ini memperlihatkan tamadun China yang gilang-gemilang pada zaman Dinasti Tang.