Di China, terdapat pepatah yang berbunyi, "selepas mendaki Gunung Huangshan, anda pasti tidak berminat lagi dengan gunung-ganung yang lain". Pepatah ini sudah cukup untuk mencerminkan keunikan pemandangan di Gunung Huangshan.
Gunung Huangshan terletak di Provinsi Anhui, di bahagian tengah China. Ia terkenal dengan pokok painnya yang istimewa, batunya yang aneh, litupan awannya yang tebal serta sumber mata air panasnya yang unik.