Cari:
Penyajak yang Romantik, Liu Yong
2009-03-11 10:14:12 CRI Cetak

Liu Yong, penyajak yang romantik hidup pada Dinasti Song Utara, kira-kira seribu tahun yang lalu. Beliau terkenal dengan ciptaan sajak yang penuh dengan kelembutan dan diiktiraf sebagai penyajak pertama dalam sejarah China yang memilih kegiatan menulis sajak sebagai cara mencari rezeki. Karya-karyanya mempunyai keistimewaan, iaitu romantik dan lembut serta bergaya resah. Selain itu, Liu Yong memilih gaya hidup yang bebas di samping berani bersuara dan melakukan sesuatu menurut kehendaknya. Beliau dilihat sebagai penyajak yang menerima pendapat yang berbeza-beza dalam sejarah kesasteraan China.

Liu Yong dilahirkan dalam keluarga yang tersohor dalam bidang politik. Ayah, bapa saudara, abang dan anak buahnya masing-masing lulus dalam ujian kebangsaan dan dilantik menyandang jawatan kerajaan. Liu Yong juga mempunyai cita-cita untuk menceburi arena politik. Bagaimanapun, beliau gagal dalam ujian kebangsaan  dua kali berturut-turut disebabkan sikapnya yang membenci nepotisme dan tidak mahu menghubungi pegawai atasan bagi memudahkan proses pelantikannya. Kegagalan dua kali itu amat meresahkan Liu Yong. Beliau segera menulis satu puisi untuk meluahkan kekecewaannya. Antara baik-baik ayat yang dicoretkannya menyebut "bersabar, menghapuskan keinginan untuk memasuki arena politik dan menikmati kehidupan yang mengutamakan minum arak dan nyanyi lagu sahaja." Maksudnya disebalik puisi itu sebenarnya mencela sistem ujian kebangsaan yang bertujuan melantik pegawai berwibawa ketika itu, tidak dapat memilih tokoh yang betul-betul bijak.

Liu Yong tidak menjangka puisi tersebut tersebar secara meluas sehingga sampai ke pengetahuan raja. Raja merasa tidak senang sesudah membaca puisi itu kerana  menganggap beliau berlagak pandai . Kemudian, dalam ujian kebangsaan yang berikutnya, raja sengaja memilih kertas ujian yang diserahkan oleh Liu Yong dan menulis satu puisi sebagai balasan dengan menyebut, "Nikmati sahaja minum dan nyanyi, kenapa mahu jadi pegawai?" Dengan ungkapan tersebut, Liu Yong merasa putus asa dan mematikan semangatnya untuk menceburi bidang politik.

Setelah gagal mencuba nasib dalam arena politik, Liu Yong mencari rezeki lain dan terjebak di rumah perempuan penari. Kerjanya, menulis puisi yang akan dinyanyikan oleh perempuan pelayan. Pendapatannya memang kecil, tetapi, Liu Yong tetap bersikap optimis. Katanya, beliau menulis puisi mengikut perintah raja.

Karya-karya hasil ciptaan Liu Yong meliputi lebih 200 puisi, dan kebanyakannya diberi nada baru untuk menyatakan rasa penulis yang lembut dan menggambarkan kehidupan secara teliti. Kata-katanya mengutamakan bahasa lisan yang sering digunakan oleh insan manusia sehingga tersebar secara cepat dan menyeluruh. Kononnya ketika itu, puisi ciptaan Liu Yong boleh kedengaran di mana-mana tempat yang ada sumur.

Diperturunkan antara karya Liu Yong, yang paling terkenal dengan baik-baik yang menyentuh rasa; "Insan manusia paling sedih apabila berpisah dengan kekasih, khususnya pada musim gugur yang mulai sejuk. Ketika bangun dari terkuyung hayang mabuk malam ini, saya sudah lupa berada di  mana dan hanya nampak pokok poplar di tebing sungai dan bulan yang separuh bulat dengan merasai angin bertiup tenang." Puisinya memang penuh dengan rasa lemah lembut yang jarang dapat disuarakan oleh penulis lelaki.

Puisi ciptaan Liu Yong yang dinilai sesuai dinyanyikan oleh golongan gadis dengan nada yang lembut dan secara perlahan-lahan.

Disebabkan pandai mencoret puisi yang romantik, Liu Yong digelar reputasi yang tinggi dalam arena perempuan pelayan di bandar Kaifeng, ibu negara China ketika itu. Mereka lebih senang bergaul dengan Liu Yong berbanding seolah-olah berhadapan dengan raja. Setelah beliau meninggal dunia, perempuan pelayan menderma wang untuk membayar biaya menanam jenazahnya kerana Liu Yong hidup susah dan tidak meninggalkan harta.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China