Cari:
Li Qingzhao, Sasterawan yang Hidup Penuh Gelora
2009-03-18 18:18:43 CRI Cetak

Jika ditinjau dari segi kesusasteraan, baik di China, mahupun di luar China, baik pada zaman sekarang, mahupun pada zaman purba, jarang terdapat sasterawan wanita yang berjaya meninggalkan karya dan prestasi yang dapat bertahan begitu lama. Hanya terdapat beberapa orang sasterawan wanita yang pernah mencapai kecemerlangan dalam sejarah, walapun kehidupan mereka biasanya penuh dengan pahit getir. Contohnya seperti Li Qingzhao, sasterawan wanita China yang hidup pada tempoh peralihan Dinasti Song Utara dengan Song Selatan, kira-kira 900 tahun yang lalu.

Puisi Li Qingzhao yang bergaya lembut diiktiraf mencapai kemuncak kecemerlangannya di China, manakala kehidupannya pernah bergelora antara bahagia dan derita akibat pergolakan negara ketika itu. Kisah hidup Li Qingzhao dilihat sebagai sebuah legenda.

Li Qingzhao dilahirkan dalam satu keluarga yang kaya. Anggota keluarganya amat menggemari sastera. Ayah dan abangnya menyandang jawatan kerajaan dan ibunya pula pandai menulis puisi dan mengarang. Sejak kecil lagi, Li Qingzhao sudah memperlihatkan kecerdikan yang luar biasa dan berpeluang mengikuti pendidikan yang baik. Beliau membaca banyak buku , dan dengan ingatan yang hebat dapat menimba pengetahuan yang mendalam dalam bidang kesusasteraan.

Ketika masih remaja, Li Qingzhao telah menghasilkan karya–karya yang mencerminkan aktiviti yang ceria seperti mendayung perahu dan bermain buaian dengan kawan-kawan, atau menggambarkan rasanya ketika duduk dan berfikir sahaja di rumah.

Setelah melalui masa remaja yang penuh dengan kebahagiaan, Li Qingzhao dapat pula menikmati kehidupan yang lebih manis, apabila berjumpa dengan jodohnya yang amat dicintainya. Suaminya yang dikenali sebagai Zhao Mingcheng, juga berminat pada kesusasteraan dan bermain alat muzik serta permainan catur. Selain itu, pasangan Zhao Mingcheng dan Liqingzhaoini berminat juga pada koleksi artifak purba dan melakukan penyelidikan terhadapnya.

Li Qingzhao boleh dikatakan bertuah kerana bertemu jodoh yang sepadan dengannya. Tambahan pula pada zaman feudal, mencarri jodoh secara bebas seumpama mereka adalah dilarang sama sekali.

Berdasarkan ilham yang diperolehnya daripada rasa cinta, Li Qingzhao amat giat menulis puisi yang penuh kelembutan. Karya-karyanya amat halus dan diiktiraf mencapai kemuncak dalam bidang ini dalam sejarah China.

Bagaimanapun, ketika Li Qingzhao sedang menikmati kehidupan yang aman dan bahagia, negeri China mula bergolak disebabkan perang saudara yang berlarutan. Rumah mereka musnah. Li Qingzhao dan suaminya terpisah dalam perjalanan melarikan diri untuk mengelakkan daripada menjadi korban perang. Akhirnya, Zhao Mingcheng meninggal dunia akibat mengidap sejenis penyakit dan Li Qingzhao, hidup sendiri penuh kerinduan pada suaminya. Beliau terpaksa melalui kehidupan yang resah, gundah gulana dan sepi dengan mengembara ke merata-rata tempat.

Li Qingzhao ditimpa kemalangan lepas satu, satu, sehingga menjadikannya semakin lemah dan resah baik di segi jasmani mahupun di segi rohani.

Namun, setelah mengembara dari kawasan utara ke bahagian selatan, Li Qingzhao menjadi aktif semula dalam menulis puisi. Beliau sering mendapat ilham ketika musim beralih, bunga-bunga berkembang dan berguguran, ketika angin bertiup tenang, ketika musim gugur atau ketika hujan turun dalam musim bunga. Menggubah puisi merupakan satu-satunya cara bagi Li Qingzhao untuk menyatakan rinduannya kepada mendiang suaminya, dan menghilangkan kesepian.

"Aku mencari-cari, dan mendapati persekiaran ini begitu sepi dan sunyi. Aku berasa bukan main resah, hiba dan sedih." Ayat yang dipetik daripada karya Li Qingzhao ini dilihat sebagai emosi utama dalam ciptaannya sepanjang akhirkehidupannya. Satu kata 'resah" sahaja memang tidak cukup untuk menggambarkan keadaan yang dihadapi oleh Li Qingzhao yang telah menerima tamparan satu demi satu, bermula dari perpisahannya dengan anggota keluarganya, kemusnahan rumahnya, dan perpecahan negara juga pemergian suaminya.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China