Cari:
Lagu Rakyat Etnik Miao
2009-04-08 09:53:13 CRI Cetak

China ialah negara yang berbilangan etnik. Selain etnik Han, terdapat 55 etnik minority lagi yang hidup bersama-sama di negara ini. Dalam perkembangan sejarahnya yang begitu lama, rakyat daripada pelbagai etnik ini telah hidup secara harmoni. Setiap etnik ini mempunyai tradisi budaya dan adapt resam yang unik dan berbeza-beza, termasuk seni muzik, lagu dan tarian. Dalam rancangan hari ini, saya akan memperkenalkan lagu rakyat etnik Miao.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu yang berjudul "Bunga Berkembang Melitupi Bukit". Iramanya sederhana dan asli yang mengisahkan percintaan antara teruna dan dera etnik Miao. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Bunga kembang di merata-rata tempat di lereng bukit pada musim bunga, abang memakai sekuntum bunga, begitu juga dengan diriku. Kita berdua menyanyi untuk menyampaikan rasa cinta antara kita. Alangkah gembiranya."

Orang etnik Miao kebanyakannya tinggal di kawasan barat daya China termasuk provinsi-provinsi Guizhou dan Yunnan serta wilayah Guangxi. Etnik Miao mempunyai sejarah dan tradisi budaya serta kesenian yang agak lama, antaranya lagu rakyat. Lagu rakyat memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan orang etnik Miao. Mereka mengungkapkan rasa cinta akan kehidupan melalui nyanyian.

Dari segi kandungan lagunya, lagu rakyat etnik Miao iniboleh dibahagikan kepada lagu Fei, lagu You Fang, lagu arak dan lagu kanak-kanak. Lagu Fei juga dikenali sebagai lagu Hou atau Han, maknanya menyeru atau memanggil. Lagu jenis ini selalu dinyanyikan ketika berada di atas bukit atau di ladang. Nadanya tinggi dan melodinya panjang. Seterusnya, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Lagu Fei". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Mendaki gunung dan memandang jauh ke sana, melihat padi yang berwarna emas, air sungai mengalir ke timur dan asap mengepul dari dapur. Aku mahu menyanyi lagu kampung halamanku yang begini indah."

"You Fang" ialah sejenis aktiviti hiburan dan interaksi bagi golongan muda etnik Miao. Muda-mudi selalunya saling mengenali atau memilih kekasih masing-masing melalui penyertaan dalam aktiviti ini. Ketika "You Fang" diadakan, pemuda akanmeniup sejenis seruling daripada daun atau alat muzik etnik Miao, iaitu "Lu Sheng", atau pun menyanyi untuk mengundang gadis tertentu supaya bertemu dengannya. Manakala gadis-gadis pula akan menghias diri dengan pakaian yang cantik dan barang kemas daripada perak untuk menarik perhatian para pemuda. Ketika bertemu, pemuda selalunya akan mengucapkan salam perkenalan dengan gadis secara sopan dan memuji kecantikannya terlebih dahulu. Kemudian, kedua-dua mereka akan terus berkenalan melalui lagu yang dinyanyikan secara tanya dan jawab. Sekarang saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Sertai 'You Fang' ketika Masih Muda". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Aku merinduimu abang, tetapi, aku malu mencurahkan rasa. Musim bunga sudah tiba, daun pokok menjadi hijau, burung-burung mulai menyanyi dan sawah padi diairi juga. Aku hanya menyanyi untuk menyatakan rasa cintaku."

Selepas menyertai aktiviti seumpama itu beberapa kali, teruna dan gadis akan lebih mengenal antara satu sama lain. Kemudian, pemuda yang berkenaan akan mengunjungi ibu bapa gadis pilihannya. Ibu bapa gadis pula, selalunya akan melayan pemuda tersebut dengan baik, dan menghidangkan makanan, lauk-pauk dan arak yang enak. Pada sebelah malamnya, pasangan itu akan menyanyi lagi untuk menyampaikan rasa cinta mereka. Ramai pemuda dan gadis etnik Miao yang akhirnya berkahwin selepas melalui proses ini.

Seterusnya, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Lagu Sungai Qingjiang". Dalam lagu ini, kita akan dengar gadis menyampaikan rasa cintanya kepada kekasihnya.

Akhir sekali, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Chang Duo Da". "Chang Duo Da" dalam bahasa Miao bermakna "menyanyi lagu rakyat". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "menyambut tetamu dari tempat jauh dengan meniup Lu Sheng dan memainkan Yue qin di rumah buluh. Minumlah arak yang disediakan oleh tuan rumah kerana ia menyimpan rasa persahabatan orang etnik Miao".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China