Cari:
Rumah Berhala Konfusius
2009-05-13 09:38:59 CRI Cetak

Konfusius, sebagai pengasas teori Konfusius China, merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal di dunia. Oleh itu, Rumah Berhala Konfusius, Rumah Konfusius dan Makam Konfusius di kampung halaman Konfusius, iaitu di bandar Qufu, Provinsi Shangdong, di sebelah timur China, menjadi sasaran pemujaan maharaja pelbagai dinasti pada zaman silam terhadap tokoh tersebut serta falsafah ciptaannya.

Susunan Keseluruhan Rumah Berhala Konfusius

Rumah Berhala Konfusius yang digelar "rumah berhala yang pertama di China", merupakan sasaran pemujaan terhadap Konfusius yang paling besar di China.

Dengan luasnya hampir 100 ribu meter persegi, ia menjadi kompleks bangunan kuno yang masih wujud yang kedua terbesar di China selepas Kota Larangan Beijing.

Terdapat lebih 2 ribu buah batu bersurat dari pelbagai dinasti disimpan di dalamnya. Antaranya, lebih 50 buah dengan kaligrafi anugerah maharaja.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China