(Inilah pelakon lelaki H.K., Shiu Hung Hui yang dikenakan Qun Gua. Imej ini untuk poster filem "Give Love". )
Mengikut kepercayaan masyarakat China, warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik.
Pakaian tradisional pengantin di utara China biasanya berbentuk jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak.
(penyanyi wanita H.K., Gigi Leung (kiri) yang memakai Qun Gua untuk poster filem "Give Love")
Pakaian pengantin perempuan di selatan pula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, atau Cheongsam yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix.