Cari:
"Kerajaan Tiga Negeri", Salah Satu dari 4 Novel Klasik Ternama China
2009-06-03 15:18:16 CRI Cetak

Empat novel klasik yang ternama, iaitu "Kerajaan Tiga Negeri", "Pinggir Air", "Perjelajahan ke Barat" dan "Mimpi di Bilik Merah" diiktiraf sebagai lambang kemuncak bidang kesasteraan klasik di China. Keempat-empat novel tersebut mempunyai keistiemwaan masing-masing dan tersebar di seluruh negara ini sejak sekian lama. Hari ini, saya akan memperkenalkan novel berbabak yang pertama di China pada zaman purba ini, iaitu "Kerajaan Tiga Negeri".

"Kerajaan Tiga Negeri" yang dilihat sebagai karya klasik yang berkait dengan peralihan sejarah, memberikan gambaran tentang pertikaian dan perlawanan antara tiga negeri pada abad ke-3, iaitu negeri Wei, Shu dan Wu yang masing-masing diketuai oleh Cao Cao, Liu Bei dan Sun Quan. Novel yang berlatarbelakangkan sejarah yang lama dan lingkungan masyarakat yang luas ini, penuh dengan pertikaian politik dan konflik ketenteraan yang rumit dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat China selepas dari segi politik serta taktik berperang.

Sebelum munculnya "Kerajaan Tiga Negeri", kebanyakan novel yang dihasilkan di China tidak begitu panjang dan selalunya disebut sebagai cerpen. Ada yang hanya mempunyai beberapa puluh perkataan sahaja. Bagaimanakah novel-novel klasik China berkembang daripada yang pendek kepada yang panjang?

Proses itu bermula dari Zaman Dinasti Song. Bercerita tentang cerita lama amat popular ketika itu, dan lama-kelamaan kegiatan ini berkembang menjadi sejenis kerja. Pencerita cerita kuno selalu bercerita tentang watak lama dalam cerita mereka. Kebetulan, "Kerajaan Tiga Negeri" yang mengandungi banyak watak dan peristiwa yang bermacam ragam, sesuai digunakan sebagai bahan penceritaan.

Sebelum itu, cerita kerajaan tiga negeri sudah pun tersebar dalam kalangan rakyat dan gambaran mengenai sebilangan watak sudah pun diketahui umum. Kerana pencerita cerita kuno pandai memilih bahan, kandungan cerita tiga kerajaan menjadi semakin banyak dan watak-wataknya menjadi semakin menarik. Akhirnya, beberapa banyak cerita lisan yang berasingan ini dapat digabungkan menjadi novel yang panjang yang pertama di China.

Karyawan "Kerajaan Tiga Negeri", Luo Guanzhong, ialah seorang penulis novel yang hidup dalam  masyarakat yang  kacau bilau pada zaman Dinasti Ming. Beliau menganjurkan kesatuan tanah air, menyebarkan etika tradisi bangsa China  dan mengutuk tingkah laku yang jahat lagi licik.

Luo Guanzhong yang mahir dalam bidang ketenteraan, psikologi, taknik berperang, ilmu hubungan luar dan pengendalian tenaga kerja yang berbakat besar, berjaya mengarang "Kerajaan Tiga Negeri" yang penuh dengan pandangan yang jauh dan kecerdasan yang luar biasa.

Novel tersebut melibatkan perubahan sejarah selama lebih 100 tahun bermula dari penghujung zaman Dinasti Han Timur hingga awal zaman Jin Barat. Ia juga memberikan gambaran yang hidup tentang konflik politik dan ketenteraan pada zaman kerajaan tiga negeri, mendedahkan perselisihan sosial yang bermacam ragam dan mengetengahkan hampir 200 watak pahlawan yang cemerlang ketika itu, seperti Zhuge Liang, Cao Cao, Guang Yu dan Liu Bei.

Zhuge Liang digelar sebagai contoh "Perdana Menteri Terbaik". Beliau gigih dalam memberikan khidmat kepada rakyat, tanpa mengira kepentingan peribadi. Selain bercita-cita tinggi untuk membawakan kehidupan yang makmur kepada rakyat dan mendamaikan semula tanah air yang menderita akibat peperangan yang berlarutan ketika itu, Zhuge Liang juga diberi "kemampuan" oleh karyawan "Kerajaan Tiga Negeri" untuk meramal sesuatu kejadian pada masa akan datang dan menggunakan tenaga alam semasa berperang dengan musuh.

"Kerajaan Tiga Negeri" diiktiraf sebagai karya klasik yang paling gemilang dan mempunyai pengaruh yang paling besar di negara ini, hingga watak-watak yang digambarkan di dalamnya sudah diketahui oleh setiap anggota keluarga dalam masyarakat China.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China