Sheng
Sheng, sebagai alat muzik tiupan tradisional China yang dicipta pada lebih 3 ribu tahun yang lalu, merupakan alat muzik yang paling awal menggunakan rid di dunia. Alat muzik ini telah memainkan peranan yang penting untuk mendorong perkembangan alat muzik Barat.
Struktur Sheng
Pada mulanya, embrio alat muzik Sheng ini diperbuat daripada labu, mulut tempat meniupnya pula diperbuat daripada kayu. Lebih sepuluh batang paip buluh yang panjangnya berbeza-beza, dipasang pada bahagian atas embrionya, dengan bentuknya mirip ladam kuda. Selepas zaman Dinasti Tang, pemain mula menggunakan kayu dan tembaga untuk membuat embrionya.