Mekap muka merupakan seni solekan pada muka pelakon untuk melambangkan perangai watak.
Mekap muka opera Sichuan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Muka merah merujuk kepada watak yang adil dan jujur, muka hitam merujuk kepada watak yang suka berterus-terang, muka putih merujuk kepada watak yang licik dan jahat, muka kuning merujuk kepada watak yang kuat dan berani, muka biru pula merujuk kepada watak yang bersifat garang.