Cari:
Pengenalan tentang "Sanyan Erpai'", Kumpulan Cerpen mengenai Cerita Rakyat pada Zaman Dinasti Ming
2009-06-17 16:24:10 CRI Cetak

Novel merupakan sejenis bentuk sastera yang paling popular pada zaman peralihan Dinasti Ming dengan Dinasti Qing. Terdapat banyak novel yang cemerlang. Selain novel, kumpulan cerpen turut popular ketika itu. Hari ini, saya akan memperkenalkan sebuah karya sastera yang tersohor yang terdiri daripada lima kumpulan cerpen, iaitu "Sanyan Erpai'".

Kumpulan cerpen tersebut menceritakan kisah legenda yang amat popular di kalangan rakyat. "Sanyan" merujuk kepada perkataan yang diambil dari belakang judulnya "Yu Shi Ming Yan", "Jing Shi Tong Yan" dan "Xing Shi Heng Yan" yang ditulis oleh Feng Menglong pada zaman Dinasti Ming. "Erpai" merujuk kepada "Chu Ke Pai An Jing Qi" dan "Er Ke Pai An Jing Qi" yang dihasilkan oleh Ling Mengchu pada penghujung zaman Dinasti Ming.

Pada zaman Dinasti Song dan Yuan sebelum Dinasti Ming dan Qing, terdapat ramai seniman yang ahli dalam menceritakan kisah dongeng dan memilih acara itu sebagai kerjaya mereka. Kalangan seniman itu giat menyebarkan dan mempopularkan kegiatan menceritakan kisah dongeng ketika itu dan lama-kelamaan, kandungan yang diceritakan itu digantikan oleh cerita sejarah kerana novel berbabak mulai berbangkit pada penghujung zaman pemerintahan Dinasti Ming. Apa-apa yang diceritakan oleh para seniman itu berkembang menjadi sejenis sastera lisan yang turut disusun oleh sebilangan karyawan untuk menulis cerpen dalam bahasa lisan. Antaranya, yang diiktiraf melambangkan taraf tertinggi ialah kumpulan cerpen "Sanyan Erpai'".

Penulsi "Sanyan'", Feng Menglong hidup dalam tempoh peralihan Dinasti Ming dengan Dinasti Qing yang mengalami pergolakan disebabkan peperangan yang berlarutan. Beliau sentiasa membantu melakukan perjuangan menentang pemerintahan Dinasti Qing selepas mereka berjaya memanjat Tembok Besar dan menakluk Bandar Beijing, di samping menumpukan perhatian untuk menyusun bahan-bahan kesusasteraan yang menggunakan bahasa lisan dan berkarya. "Sanyan'" dilihat sebagai karya yang paling cemerlang yang dihasilkan oleh Feng Menglong, dengan tujuan memujuk dan mengingatkan manusia supaya bertindak dengan bijaksana dalam kehidupan seharian.

"Sanyan'" terdiri daripada tiga komponen yang masing-masing merangkumi 40 jilid. Latar belakangnya luas dan kandungannya bermacam ragam. Kehidupan rutin dan pemikiran penduduk biasa dapat dicerminkan dalam karya itu melalui sudut yang berbeza-beza. Penulisnya mengutuk kejahatan yang dilakukan pegawai yang berlatarbelakangkan sistem feudal sebaliknya memuji pegawai yang beretika dan berkemahiranan tinggi dalam melaksanakan pentadbiran, menyanjung tinggi persahabatan dan kecintaan yang murni dan mencela tingkah laku yang menjilikkan yang bersifat menipu.

Cerpen-cerpen yang cemerlang yang mencerminkan kehidupan rutin penduduk biasa, seperti "Puan Du Shiniang Membuang Barang Kemas ke Sungai dengan Marah" dan "Penjaja Minyak Menang dalam Ujian Kebangsaan", berjaya membantu penulisnya menyuarakan nilai hidupnya yang dikaitkan dengan perasaan dan nilai manusia. Piawaian etika dan prinsip memilih jodoh yang disuarakan oleh penulisnya jauh berbeza dengan yang dipertahankan oleh pihak berkuasa ketika itu yang berlatarbelakangkan sistem feudal. Ini menunjukkan pemikiran yang dinamik yang berkembang dalam masyarakat China ketika itu.

Seterusnya pada penghujung zaman Dinasti Ming, penulis novel yang tersohor, Ling Mengchu mencontohi usaha Feng Menglong, menghasilkan sebuah kumpulan cerpen yang berjudul "Erpai'". Kumpulan cerpen itu terdiri daripada dua komponen dengan mengandungi 40 jilid bagi setiap komponen. Karya itu mencerminkan keinginan rakyat yang mengidam-idamkan pemikiran bebas yang berkaitan dengan kecintaan serta kedudukan yang sama dalam masyarakat semasa kapitalisme baru berkembang di negara ini.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China