Cari:
Gong (1)
2009-09-28 11:28:09 CRI Cetak

Gong

Gong merupakan sejenis alat muzik pukulan klasik China yang selalu dimainkan dalam pancaragam. Ia bukan sahaja dimainkan sebagai alat untuk menghasilkan muzik iringan dalam persembahan opera serta nyanyian dan tarian, malah juga sering dimainkan dalam majlis sambutan perayaan serta aktiviti lumba perahu naga dam tarian singa.

Gong diperbuat daripada tembaga. Strukturnya sangat ringkas. Badannya ialah sebuah permukaan yang melengkung. Ketika permukaan yang melengkung ini dipukul, badannya akan bergentar, dan menghasilkan bunyi.

Pada mulanya, Gong kerap dimainkan oleh etnik minoriti di bahagian barat daya China. Pada abad ke-2 sebelum Masihi, dengan meningkatnya interaksi budaya antara pelbagai etnik, alat muzik ini telah dibawa masuk ke kawasan tengah negeri China. Pada ketika itu, gong sering dimainkan untuk mengarahkan pergerakan tentera ketika berperang. Dalam istilah ketenteraan China pada zaman purba, iaitu "Ming Jin Shou Bing" atau "memukul gong untuk mengundurkan tentera" dalam bahasa Melayu, perkataan "Jin" justeru merujuk kepada alat muzik ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China