Cari:
Gendang
2009-10-19 09:09:08 CRI Cetak

Pelbagai Jenis Gendang

Gendang mempunyai sejarah kira-kira 3000 tahun. Pada zaman purba, ia bukan sahaja sering dimainkan dalam upacara pemujaan dan persembahan nyanyian dan tarian, malah juga digunakan untuk mengarahkan gerakan tentera, dan menghalau binatang buas. Ia juga dijadikan alat untuk memaklumkan masa dan mengeluarkan amaran. Dengan perkembangan sosial, alat muzik ini semakin banyak dimainkan dalam pancaragam, persembahan opera, drama, nyanyian dan tarian, aktiviti lumba perahu, serta majlis sambutan pelbagai perayaan. Struktur gendang sangat ringkas. Ia terdiri daripada dua bahagian, iaitu muka dan badan. Mukanya yang diperbuat daripada kulit haiwan, ialah bahagian untuk menghasilkan bunyi.

Gendang yang berbentuk pasu bunga

Alat muzik jenis gendang ini banyak jenisnya di China, antaranya termasuklah gendang pinggang, gendang besar dan gendang yang berbentuk pasu bunga.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China